Wednesday, May 9, 2018

Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites.


Buffet Ramadhan 2018 - Pacific Regency Hotel Suites | Kalau korang berada berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur tapi tak tahu nak berbuka dimana, boleh je ke Pacific Regency Hotel Suites. Sempena tahun 2018, Pacific Regency Hotel Suites telah memilih Juadah Warisan sebagai tema bufet Ramadan mereka yang akan diadakan di 23 Soi Restaurant.



Bufet Ramadan di sini akan bermula pada 19 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018. Hampir 100 jenis juadah telah dirangka sepanjang bufet Ramadan di Pacific Regency Hotel Suites yang pastinya sangat selari dengan perut Asia ni haa.

Apa yang menarik ialah mereka membawakan pelbagai jenis juadah yang kita suka tapi jarang nak cari, salah satunya sebab lokasi...Contohnya untuk pembuka selera, mereka menyajikan Jemput Jemput Bonzer Dato’ Keramat dan Pasembor Padang Kota.









Laksa Penang & Bihun Sup



Aneka Kerabu



Kalau peminat ikan bakar pulak, tak perlu nak jauh-jauh sampai ke Kuala Selangor tu sebab kat sini pun ada ikan-ikan yang segar. Menu special kat sini antaranya Ikan Bakar, Kambing Golek Bakar dengan Briyani Pak Arab. Nak makan sate Kajang Haji Samuri pun ada!

Jangan lupa cuba Ayam Percik dan Bubur Lambuk Kg. Tengku Hussein.



Kalau korang jenis perut tak tahan kalau tak Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok Wan, Daging Bakar Masak Lemak Pukuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan Gulai Kawah. Yang best sekali kalau dah makan nasi, mesti kena padukan dengan ulam-ulaman yang segar dan pelbagai dan sambal yang pedas!



Bahagian pencuci mulut pun tak kurang meriahnya...ada Ais Kacang dengan pelbagai jenis bahan-bahan dia! Pasal tu ada nota "Jangan Terkejut" kat situ...sebab memang ada banyak gila...bayangkan la mangkuk besar mana kan...nak penuhkan dengan bahan-bahan yang pelbagai tuuu...hahahaha...Jangan tamak hokay!







Harga bufet Ramadan:
RM98.00++ (Dewasa)
RM49.00++ (Kanak-Kanak/Warga Emas)
Untuk tempahan, boleh hubungi +603 2332 7788 atau email kepada fnbadmin@pacific-regency.com

NOTA
Sila buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan dikemudian hari. Haha.

1 comment:

  1. Selalu lau nk makan buffet ni cari food yg ssh nak cari dan favourite kan..ha siap dan laksa penang ngan pasembuq penang mari..barulah best

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!