Wednesday, May 9, 2018

Hidangan Desa di WP Hotel Kuala Lumpur.




Buffet Ramadhan 2018 - WP Hotel Kuala Lumpur | Ha! Kalau korang mencari bufet Ramadan sekitar bandaraya Kuala Lumpur, atau lebih spesifik dekat area Jalan Tuanku Abdul Rahman..boleh la consider WP Hotel Kuala Lumpur.

Hotel ni hotel yang bertaraf 4 bintang dan berada dekat kawasan yang sangat strategik untuk shopping dan dekat dengan pengangkutan awam. Untuk tahun 2018, hotel ni memilih tema "Hidangan Desa" yang akan mula disajikan pada 23 Mei - 12 Jun 2018 (7.00pm - 10.00pm).


Nasi Biryani

Kambing Bakar





Di bahagian pemanis mulut, ada pelbagai jenis kuih muih, buah-buahan potong, aneka bubur...Ada juga wafer kalau korang suka dengan pelbagai jenis pilihan aiskrim. Oh! ABC pun ada tau kat sini..


Sate Ayam dan Daging & Lemang


Rojak Pasembor



Lauk pauk seperti Kari Kepala Ikan, Patin Asam Tempoyak, Asam Pedas, Udang Sambal dan pelbagai jenis masakan kampung yang akan disajikan kepada mereka yang datang ke WP Hotel Kuala Lumpur untuk berbuka puasa. Ada juga Sup Tulang Rusuk..

Selain daripada lauk pauk yang sedap ni, Sally mmg suka betul dengan Mee Kari Kerang..Ya Allah...melimpah ruah kerang dia dalam kari tuuu...seronok betul makan...Menu highlight kat hotel ialah Rosted Lamb, resipi asli daripada Chef. Kesemuanya ada hampir 80 jenis menu yang bakal disajikan kepada semua pengunjung.



Daripada hotel ni pun korang boleh tgk view yang cantik sekitar Kuala Lumpur..mmg cantik dan terang! Surau juga ada disediakan di Level 2 untuk solat Maghrib dan Isya'. Untuk Solat Terawih pula ada Masjid Kampung Baru yang hanya mengambil masa 5 minit perjalanan daripada hotel.

Harga bufet Ramadan:
Dewasa : RM68
Warga Emas (60 tahun keatas) : RM58
Kanak-Kanak (4-12 tahun) : RM34
TEMPAHAN AWAL SEBELUM 21 MEI 2018 : DISKAUN 20%

WP Hotel Kuala Lumpur
362, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur
Untuk tempahan hubungi 03 – 618 1188 / 018-987 2050 Ext 3 for Lemongrass CafĂ© or Ext 606 for Sales Department.
For private functions, sila hubungi 03 – 2618 1188 Ext 606 for Sales Department.

1 comment:

  1. Murahnya buffet dia kalau compare dengan buffet yang lain :O

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!