Wednesday, May 2, 2018

Bufet Ramadan berkonsepkan Pasar Malam di PWTC.


Buffet Ramadhan 2018 - PWTC | Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memang tak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Untuk tahun 2018 ini pun mereka tak melepaskan peluang untuk mengadakan bufet sepanjang Ramadan yang bakal menawarkan hampir 300 jenis juadah termasuk 24 buah gerai makanan berkonsepkan pasar malam.


Bufet akan bermula dari 17 Mei sehingga 13 Jun 2018, dengan harga RM 88 untuk dewasa, RM75 untuk warga emas yang berumur 60 tahun keatas dan RM45 untuk kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Selain itu, kalau korang membeli baucer "early bird" sebelum 16 Mei 2018, korang boleh dapat harga RM75 untuk harga dewasa!



Tema pasar malam di pilih sebab selalunya bulan Ramadan kita akan rindu nak jalan-jalan dekat pasar malam walaupun sebenarnya ada je digantikan dengan bazaar, jadinya PWTC mengambil pendekatan ini untuk menawarkan menu-menu khas yang ada di pasar malam.


Sepanjang waktu berbuka, para pengunjung akan didendangkan dengan alunan muzik dan nyanyian daripada Kumpulan Picha-Picha (bersama Linda Eva).





Antara menu yang ditawarkan di 24 gerai makanan PWTC termasuklah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, burger, roti john, aneka kuih muih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, keropok lekor, yong tau foo, cakoi, tauhu bakar, air tebu serta air mata kucing. Kalau nak tengok lebih menu di PWTC, klik dekat video ini.

Semua menu disediakan oleh Chef Suzaini Mohamed Salih selaku Cef Eksekutif bersama pasaukannya. Pelbagai menu akan disediakan ala kampung dan akan situkar setiap hari. Jadinya takde la bosan kan?






Jangan risau tentang surau dan solat terawih, sebab semua pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih di Surau Ar-Rahman yang berada di Aras 3, PWTC. Ada imam yang akan mengetuai solat dan semua kelengkapan seperti sejadah, telekung untuk muslimah pun ada jugak.

Pakej Bankuasi / Korporat Berbuka Puasa
PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Legar Putra dengan pakej termasuk hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang khas solat dan bayaran parkir RM5.00 untuk sekali masuk (bermula jam 6:00 petang)

RM98.00 seorang bagi tempahan minima 100 orang
RM115/seorang bagi tempahan minima 50 orang

Program Beramal Bulan Ramadan
Pihak pengurusan PWTC sememangnya sentiasa komited dalam penganjuran kerja amal sepanjang bulan Ramadan, antaranya menaja bungkusan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.

Program "Mari Beramal di Bulan Ramadan" yang dianjurkan oleh PWTC termasuk lawatan serta sumbangan bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Untuk tempahan dan pembelian baucer bufet Selera Ramadan @ PWTC,korang boleh ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau hubungi Restoran Riverside di 03-2614 6701/6702 atau 03-2614 6262

7 comments:

  1. satay tu nampak sedap gila
    wah tak tahu pula dekat pwtc nih pun ada bufet ramadan
    konsep pun menarik

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap makanan dia, macam-macam ada kalau tak tau nak buka kat mana boleh pi sini kan

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan menu-menu dia. Berbaloi dengan harganya,, nampk sedap2 lak smua tu.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya menuuuu.. Kita tergoda laaa.. Harga pun okay sangat.

    ReplyDelete
  5. sedapnya sally oiii..harga pun murah..berbaloii dengan hidangan yang disediakan..dekat dah ni..tak sabr nk tunggu bulan puasa

    ReplyDelete
  6. buffet ramadhan berkonsepkan pasar malam? wah .. mesti best ni kan.. nak jugak tengok macam mana rupa.. menu pun mesti sedap2 kan

    ReplyDelete
  7. Wow! best juga this buffet spread focus on the home cooked food and pasar malam style.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!