Tuesday, May 1, 2018

Keistimewaan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort.



Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort | Macam yang korang semua sedia maklum, buffet di BGR merupakan antara buffet Ramadhan yang menjadi pilihan Sally sejak saban tahun...So, tahun ni Sally tak nak cerita pasal apa yang menarik sebab menu tu ada pelbagai kat sini, tapi Sally nak share apa istimewanya BGR yang membuatkan Sally jadi rindu nak datang kat sini saban tahun!

Bufet Ramadhan bermula 19 May sehingga 13 Jun 2018.

Laksa Sarawak

Disahkan HALAL
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

Sate Ayam dan Daging

Nilai untuk Wang Korang!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkn lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak.

Sajian Eksklusif
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. The stesen ini, cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.

Roti Jala


Nasi Kerabu

Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, cef kami akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang kami tanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun kami. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang kami pasti akan memenuhi citarasa anda.

Sous Vide Eggs dengan Mushroom Espuma

Hidangan Barat Moden
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Mushroom Espuma. Untuk hidangan yang lebi tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.




Pelbagai Pencuci Mulut
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.

Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih apa dari rekaan kami seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.


Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.

Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

Surau di sediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu.


Bangi Golf Resort Restaurant
Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Email: sales@bgrrest.com
Laman Web: http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial

5 comments:

  1. bestnya ! btw, cantik nya blog ni :D

    ReplyDelete
  2. saya yg duduk bangi ni pun tk pernah makan buffet kt BGR ni hahaha
    tpi price dia okaylaa

    ReplyDelete
  3. Silap besar la baca post ni waktu tengah lapar :(

    Semua makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah. Memang terbaik tempat ni!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!