Berbuka puasa di AnCasa Hotels & Resorts bersama anak yatim dan asnaf.


Bulan Ramadan, bulan diantara seribu bulan yang mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah dan membuat amal kebajikan tanpa mengira status. Ganjaran yang diterima akan lebih bermakna apabila kita berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Menyeru kepada keindahan bersedekah di bulan mulia, AnCasa Hotels & Resorts, dalam agenda tahunan mereka telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada 35 orang anak yatim dan asnaf daripada Pusat Jagaan Kasih Murni sekaligus melancarkan bufet Ramadan mereka yang bertemakan 'Kampong Boy'.


AnCasa Hotels & Resorts telah membawa anak-anak daripada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur untuk membeli baju raya (RM150 seorang) dan telah memberikan RM50 untuk duit raya kepada mereka.

Lebih lanjut tentang bufet Ramadan boleh baca di ⇒ Tema Kampong Boy sempena Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur


Selain daripada memberikan sumbangan duit raya dan baju raya kepada anak-anak yang terpilih ni, AnCasa juga rasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dengan mereka untuk memasak 5 kawah bubur lambuk untuk diagaihkan kepada orang ramai berhadapan AnCasa Hotels & Resorts. Pihak ADABI juga telah menyumbangkan barang-barang keperluan asas untuk kegunaan Pusat Jagaan Kasih Murni sepanjang bulan Ramadan.


Bufet Ramadan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur mengekalkan tema makanan bercitarasa kampung. Lebih daripada 120 jenis menu sajian yang akan disajikan kepda pengunjung, yang paling Sally nak tekankan untuk korang cuba ialah Rendang Ayam Pucuk Maman, dan Rebung Masak Lemak Cili Padi.

Untuk maklumat lanjut untuk membuat tempahan, boleh layari laman sesawang mereka di www.ancasahotels.com atau hubungi 03-2026 6060.

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah...usaha murni yang patut diteruskan di masa akan dtg..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Seronok kan sally dapat peluang berbuka puasa dgn ank yatim ni.. Meriah suasana.. Menu kat ancasa hotel pun semua sedap2 puas hati dan harga pun murah

    ReplyDelete
  3. Seronok kan dapat berbuka dengan anak2 yatim.. keterujaan mereka berbuka mesti mecuit hati kan. Menu pon nmpak sedap ..

    ReplyDelete
  4. Bagus... event macam ini memang sangat digalakkan. Tolong lah insan yang kurang berkemampuan, share and help the less fortunate; why not kan.

    ReplyDelete
  5. laaaaa
    ada juga rupanya dekat sana
    heheheeh

    ReplyDelete
  6. bulan puasa banyak event macam ni.. kumpul pahala..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!