Resipi Ayam Goreng Korea style #KakakKimchi dengan Air-Fryer Pensonic.



Lepas Sally upload gambar Ayam Goreng Korea dekat Facebook, ramai jugak yang PM minta resipi..Jadinya Sally nak kongsikan juga dengan korang la. Sally tak tahu la korang pernah cuba atau tidak buat Ayam Goreng Korea, tapi kan...Sally nak share satu tips untuk dapatkan ayam goreng yang crunchy diluar tapi dalam masih berjus dan tak kering.

Ayam Goreng Korea ni sebenarnya kena goreng sebanyak dua kali. Haaa...mesti korang rasa berapa banyak la minyak yang terkandung dalam tuuu...tapi Sally tak risau sebab Sally goreng guna air-fryer je..hehehe...syok kan? Tak payah pikir minyak yang banyak, deep fried lagi.


Resipi Ayam Goreng Korea
Bahan-bahan untuk ayam:
⇢ ⅔ cawan tepung kentang (tepung gandum pun boleh)
⇢ 1 tbsp tepung jagung
⇢ Serbuk lada hitam, sedikit garam
⇢ 16 kepak ayam, drumet ayam atau bahagian yg banyak tulang (anggaran 1¾ lbs.)

Bahan-bahan (sos untuk lumur ayam):
⇢ 3 tbsp sos tomato
⇢ 2-3 tbsp Gochujang
⇢ 1⁄4 cawan madu
⇢ 1⁄4 cawan gula perang
⇢ 2 tbsp kicap cair
⇢ 1 tbsp minyak bijan
⇢ 2 tbsp bawang putih

Cara nak masak:
Ayam (Campurkan tepung kentang, tepung jagung dengan ⅔ cawan air, letak garam dan lada hitam, lumurkan ayam dan goreng dalam air-fryer [10 minit], lepas tu goreng lagi sekali sampai betul-betul garing [10-12 minit], kalau malas goreng sekali pun dah okay, tapi kena garing laa..tu tips dia)

Sos (Cincang bawang putih -- Sally tumbuk je, campurkan semua bahan dan, kacau sampai sebati atas api...sos yang sedap mesti kena ada rasa manis, pedas, masin sedikit...so, pastikan kena dengan lidah...)

Bila ayam dah siap goreng, lumurkan sos sampai sebati dengan ayam dan dah siap untuk makan! Tabur bijan dan daun bawang/cili hijau untuk hiasan (Gochujang ni masin sikit, jadinya jangan la pakai banyak sangat..)

Senang je kan resipi dia..? Cuma syaratnya kena beli Gochujang dulu tau..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kempen “Balik Kampung Bersama Pensonic” & Peraduan “Beli, Tonton & Menang” | Tahun-tahun lepas kita dah biasa dengan Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like! Korang yang minat masak-masak mesti dah biasa dengan produk 'Pensonic Chef’s Like' di dapur kan...macam-macam aktiviti telah dijalankan seperti Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity bersama Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, peraduan di Instagram dan Facebook rasmi Pensonic dan macam-macam lagi. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ juga telah berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.


Tahun 2018, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' telah ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Korang boleh sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 8 Julai 2018. Korang hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan. 
  3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privacy kepada public). 
  4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3. 
  5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan Facebook.
Supaya tak tertinggal apa-apa info terkini mengenai peraduan ini, Sally galakkan korang mengikuti (Follow) laman Facebook Pensonic Malaysia.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
↪ Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
↪ TV LED 43" Pensonic
↪ Pendingin Udara Pensonic 4.
↪ Ketuhar 45L Pensonic
↪ Pengisar Nutri De Blender Pensonic
↪ Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di laman Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika korang telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa sebab korang masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!


Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Dato Chef Haji Ismail.

Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan episod terakhir akan balik kepada Chef "Kampung" Rembau pada 2 Julai 2018!

Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabadikan kenangan indah ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. Chef akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan mereka berhari raya di kampung sambil memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.

Jangan lupa tonton rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic', dan sertai peraduan Beli, Tonton & Menang sebab korang berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00! Maklumat lanjut boleh ke Facebook Pensonic Malaysia.

Post a Comment

16 Comments

  1. Kena cuba ni sbb tingin nak rasa ayam grg korea ni mcm mn..tp kena beli air fryer dululah hihi..wah ada contest..hadiah lu lu lumayan

    ReplyDelete
  2. wahhhh original ayam korea ni.. lapar tertiba hahahhaha... sedap tengok tu sally.. cik ash pernah buat tapi buat versi ada kuah suami dia nak ada kuah hihihi

    ReplyDelete
  3. tq sally share resipi boleh la try berbuka nanti

    ReplyDelete
  4. sedapnnya alahai.. pandai sally masak.. adui.. TB teringin pulak nak buat tapi tu la.. kalau ada Air Fryer Pensonic ni mesti lagi cepat masaknya kan..

    ReplyDelete
  5. Pehh pakai air fryer tu... Kita guna kuali je.. Hahhaa.. Sally dgn korea xleh pisah.. Bestnya ada peraduan skli klo beli brg pensonic... Wawa suka brg jenama pensonic juga.. Best2 smua..tp aor fryer dia xpenah try lagi..

    ReplyDelete
  6. Nasib baik rumahbhakak xde air fryer dik kalau tak dah buat jugak..sedap eh ayam buh bijan.. Xpernah rasa.. Sedap eh Sally

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok ayam tu, tak pernah masak ayam kat dalam tu. Ini lebih kurang kita bakar ayamkan. Ke salah

    ReplyDelete
  8. Apeni buat orang terliur tengok ayam goreng Korea dia. Nak sepinggan! Hahah!

    ReplyDelete
  9. dah tengok rancangan ni..best sebab gun abarang pensonic, semua mudah nak masak..ayam sally buat tu mengancam..mudahnya ada panasaonic kan..

    ReplyDelete
  10. kak sally boleh try juallah ayam korea ni. sekarang kan tgh trend spicy korean chicken ni hehehe

    ReplyDelete
  11. Oh wow! lepas ni i can make my own korean spicy fried chicken anytime of the day. Thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete
  12. Wahhhh, dah boleh masak sendiri ikut resepi sally ni. Takyah sesusah pi makan kat kedai.

    ReplyDelete
  13. Time2 puasa ni tengok resepi dia terliukkk dah ni hakak.... dah lah kita makan makanan korea....

    ReplyDelete
  14. ya Allah.. semoga raya nanti bolehla nak request ni kat Sally hehe hehehe hehehehehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!