Tuesday, April 17, 2018

Tema Kampong Boy sempena Ramadhan di AnCasa Residences, Port Dickson.


Buffet Ramadhan 2018 - AnCasa Residences, Port Dickson | Kalau korang mencari tempat berbuka puasa di sekitar Port Dickson dan mencari bufet di hotel yang agak berpatutan harga dia, korang boleh lah mempertimbangkan untuk berbuka puasa di AnCasa Residences, Port Dickson.

Untuk tahun 2018, AnCasa Residences, Port Dickson telah memilih tema "Kampong Boy", bertepatan dengan Kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018, yang merupakan tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.



Bercakap pasal Negeri Sembilan, Masak Lemak Cili Padi memang tak boleh lawan la kan..kat AnCasa Residences, Port Dickson pun korang boleh makan. Yang paling best sekali sebab korang boleh pilih menu ingredients apa yang korang nak dalam tu.


Pilihan sayur-sayuran, dan korang boleh pilih nak daging salai, makanan laut, perut muda, dan banyak lagi laa...Buffet hanya berharga RM48 (Dewasa) dan RM30 (Kanak-kanak).


Buffet Ramadhan di AnCasa Residences, Port Dickson akan mengekalkan tema makanan bercitarasa kampung tahun ini. Lebih daripada 120 jenis menu sajian yang akan disajikan kepada pengunjung, yang paling Sally nak tekankan untuk korang cuba ialah Kambing Masala, pelbagai jenis kerabu, Nasi Beriyani, Ikan Bakar, Kambing Panggang dan macam-macam lagi.







Kalau korang peminat kuih muih Malaysia, kat sini pun ada roti john, roti jalan, murtabak, pisang goreng, pelbagai jenis cucur, dan manisan macam ais kacang, aneka bubur serta puding yang pasti menggamit memori kita di kampung.

2 comments:

  1. Murah jugak buffet dekat sini. Memang berbaloi lah dengan macam macam hidangan lagi.

    ReplyDelete
  2. harga berpatutan dan makanan nampak sedap2 semua. terliur pulak :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!