Ramadhan Chefs Out di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.



Buffet Ramadhan 2018 - Sheraton Imperial Kuala Lumpur | Mencari lokasi untuk berbuka puasa? Sepanjang bulan Ramadhan, Sheraton Imperial Kuala Lumpur akan menyediakan pelbagai jenis menu yang sedap dan masakan Asli Malaysia. Buffet akan bermula pada 17 Mei hingga 12 Jun 2018.

Untuk tahun ni, ESSENCE RESTAURANT yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan buffet Ramadhan bagi Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Setiap hari akan ada hampir 300 jenis menu yang berlainan, semuanya masakan asli menu Malaysia dan antarabangsa.

Menu yang bakal menarik perhatian untuk berbuka puasa ialah Ayam Panggang Perchik Ala Kelantan, Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu, Kari kepala Ikan Salmon dan Asam Pedas Istimewa.


HIGHLIGHTS RAMADHAN MENU 2018
Salad Bar
Potato, chicken and olive salad
Roasted pumpkin with arugula and honey dressing

Hidangan Sampingan
Tempe Goreng, Ikan Masin (Sepat, Gelama, Pari), Ikan Kurau Masin Goreng Cili, Telur Masin, Pecal Nangka, Kerabu Mangga, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Sotong, Ketupat & Lemang dengan Serunding

Sambal Colek
Sambal Belacan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Tempoyak, Budu, Sambal Cencalok

Ikan Bakar Station
Grilled marinated whole fish with sambal Portuguese
Air Assam, Chili kicap, Portuguese Sauce

Hidangan Utama
Pais Patin Temerloh, Ayam Panggang Perchik Ala Kelantan, Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu dan Asam Pedas Special

Satay Station
Satay Ayam & Daging


Carving Station
Roasted whole lamb with Mandy rice (rotation)

Western Selection
Roasted beef with roasted Mediterranean vegetables


‘Seafood Chef Out’

Ketam, Udang, Sotong, Siput Sedut, Pepahat, Kepah dengan 6 jenis pilihan sos; Butter Sauce, Coriander Thai Sauce, Kam Heong, Tauchu, Aglio Olio, Kari Masala

Ini antara yang paling menarik disini, selepas azan Maghrib para chef akan keluar dan menyajikan ‘Seafood Chef Out’ (Shell-Out) yang akan menyediakan makanan laut yang baru dimasak secara peribadi ke setiap meja. Pemilihan makanan laut segar seperti ketam, udang, kerang, sotong dan lebih menarik sebab didatangkan dengan 6 sos khas iaitu sos mentega, sos ketumbar Thai, Kam Heong Tauchu, Aglio Olio dan Kari Masala.



Gorengan Sampingan
Cucur udang, pisang, keledek, sukun, ubi keladi, keropok lekor
(Sambal Rawit, sos cili, sos tomato, sos manis pedas Thai)

Pemanis Mulut
Bubur Kacang Merah, Pengat Labu Bersagu, Buah Melaka, Putu Bambu, Cheesecake, Sagu Gula Melaka, PudingMangga, Jeli Stoberi, Tapai Pulut Daun Getah dan pelbagai jenis muih muih melayu.


Harga Buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Dewasa : RM158/pax (Early bird promo : RM111 sehingga 16 Mei 2018)
Kanak-kanak (9-12 tahun) : RM79/pax
Kanak-kanak (8 tahun kebawah) : PERCUMA!

Nikmati 'Ramdhan Chefs Out' dengan diskaun 30% untuk tempahan kumpulan 30 orang dan ke atas. Untuk tempahan, hubungi 03 2717 9933 atau e-mel kepada Essence.Venue@sheraton.com membuat tempahan hari ini.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!