Thursday, April 12, 2018

Mission Supersoft Original Wraps baru, lebih lembut dan lebih kuat!


WRAP BAHARU MISSION FOODS: LEBIH LEMBUT DAN KUAT | Tortilla wraps, naan, pita..bercakap pasal makanan-makanan ni memang la akan teringat kat produk jenama Mission. Terbaru ni, Mission Foods Malaysia telah memberi penambahbaikan kepada wrap aslinya dengan melancarkan wraps asli yang lebih lembut; Supersoft Original Wraps.

Wraps yang telah ditambahbaik lebih lembut dan mudah dibentuk, dengan tekstur cair di mulut bahkan ia lebih fleksibel untuk menyatukan semua bahan kegemaran kita. Kalau dulu nak buat wraps tak boleh terlalu banyak bahan takut nanti kulit wraps tu pecah, sekarang dah tak payah risau!!


Untuk mengetengahkan sifat lembut tetapi kuat bagi produk terbaharu ini, Mission Foods Malaysia telah melancarkan kempen untuk meraikan wanita bertemakan #softandstrong. Kempen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan April (sempena Hari Wanita Sedunia) dan meraikan sifat-sifat kewanitaan pada wanita sambil menonjolkan kekuatan dalaman mereka. Mission Foods Malaysia juga telah memilih 3 orang wanita yang hebat bagi menampilkan tema #softandstrong ini.

Mereka juga telah berkongsi 3 jenis menu yang berbeza yang boleh dicuba menggunakan produk terbaru Mission Supersoft Original Wraps. Selain daripada menu yang ada ni, ada lagi 9 menu yang telah dimuatkan di dalam buku resipi Mission Foods, menjadikan secara keseluruhan ada 12 menu yang diberikan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dan Singapura dengan setiap pembelian produk-produk Mission Foods.

Francisca Turner (Pemilik jenama Frankitas)

Francisca Turner yang merupakan pengasas Frankitas, sebuah jenama fesyen antarabangsa. Sebagai seorang usahawan, beliau yakin bahawa pengalaman mampu mengubah hidup kita. Seorang usahawan perlu minda dan disiplin yang kuat tetapi perlu tahu bila untuk menjadi lembut, cukup untuk melentur bukan mematahkan.

Francisca turut berkongsi resipi kegemaran keluarganya, Murtabak Telur Gaya Bogor yang menggunakan kelembutan dan kekuatan Mission Supersoft Original Wraps yang baru dalam membungkus kesemua bahan-bahan dengan sempurna semasa digoreng.


Linora Low (Penyampai Radio)

Linora Low bukan hanya seorang penyampai radio, tapi juga pengacara dan seorang pengamal pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Katanya, wanita selalu ditafsir sebagai golongan yang lemah kerana kelembutan dan sifat mereka yang sensitif. Beliau berharap wanita akan lebih mencintai dan menghargai diri sendiri.


Linora telah menyediakan menu Wrap Kebab Ayam. Selain daripada resepinya, Linora turut berkongsi yang beliau akan membakar hirisan wraps untuk menjadikannya lebih ranggup dan menambah rasa untuk resipi salad kegemarannya.

Ning Baizura (Penyanyi)

Siapa yang tak kenal dengan Ning Baizura, yang turut dikenali sebagai diva dan ikon dalam bidang nyanyian. Selain itu, beliau juga telah telah melancarkan koleksi minyak wanginya sendiri dan akan membuka sebuah restoran. Baginya,  gadis dan wanita muda khususnya perlu mengenalpasti kekuatan di dalam diri mereka sambil kekal dengan sisi kewanitaan masing-masing.

Ning Baizura telah menunjukkan demonstrasi penyediaan pencuci mulut kegemarannya, Passionfruit Crispy Layered Crepe. Seronok tengok dia masa majlis pelancaran haritu, memang orangnya tak lokek dengan senyuman dan pandai bergurau!



#softandstrong telah menyatukan tiga nama besar - penyanyi ikonik Malaysia, Ning Baizura, personaliti kecergasan yang begitu berinspirasi Linora Low, dan usahawan berjaya di sebalik jenama Frankitas, Francisca Turner. Ketiga-tiga mereka ini adalah contoh sebenar wanita yang telah menghadapi dan mengatasi kesukaran dalam kehidupan untuk berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.


Supersoft Original Wraps yang lebih lembut ini bakal meningkatkan lagi kelarisan produk wraps dari Mission menyertai varian lain seperti 6-Grain, Bijirin Penuh, Bawang dan Kucai, Bawang Putih dan Kentang, kesemuanya akan ditambahbaik dengan formula Supersoft.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mission Wraps dan produk lain keluaran Mission Foods, sila layari laman sesawang www.missionfoods.com.my

8 comments:

  1. Selalu buat kat suami pergi kerja buat wrap chikcken goreng tepung bestari..mayonis,salad jer.. Ni bila tengok boleh macam2 lagi benda ni syok nak pelbagaikan lagi nanti.. Bestnya dapat join event macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi benda boleh buat...serius mmg best bila guna produk ni...

      Delete
  2. Sedap ni, nak buat pun senang sesuai sangat untuk siapa yg nak diet

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk passionfriuts crispy tu.. Lama dah tak ikuti perkembangan ning.. Thniah utk dia sbb nk kkuarkan myk wangi sendiri..

    Nanti zaza tengok web produk ni =)

    ReplyDelete
  4. singgah petang
    makanan yang paling sedap..kekeke

    ReplyDelete
  5. Banyak cara rupanya untuk nikmati wrap ni.. boleh try nanti

    ReplyDelete
  6. Nampak macam lagi sedap yang ni, boleh lah try nanti :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try produk ni. Maybe boleh cuba nanti kan.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!