Magical Ramadan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside.


Buffet Ramadhan 2018 - Pullman Putrajaya Lakeside | Bercakap pasal buffet Ramadhan, Pullman Putrajaya Lakeside memang tak pernah mengecewakan...dengan pemandangan tasik tu, kawasan persekitaran yang luas dan yang paling best mestilah pilihan makanan yang ada kat sana.


Tahun ini bertemakan "Magical Ramadan Nights", Pullman Putrajaya Lakeside telah membawakan makanan tradisi Malaysia yang akan bermula pada 15 Mei sehingga 16 Jun 2018 (6.30pm - 9.30pm). Selain daripada makanan yang pelbagai, ada banyak aktiviti lain yang akan turut diadakan seperti non-stop live performance daripada band yang akan menyajikan pelbagai jenis lagu dari pelbagai genre, alunan saxaphone, stilts walker, LED hover board show, pertunjukan api dan ada badut untuk kanak-kanak.


Selain daripada tu, masa azan tu korang boleh dengar secara live. Memang akan ada seorang yang akan mengalunkan azan setiap kali sampai waktu Maghrib untuk berbuka puasa.

Pullman Putrajaya Lakeside boleh memuatkan 10,000 orang dalam satu-satu masa semasa buffet Ramadhan.

Zamdin's Juicy Meat Skewer

Selain daripada menu makanan yang biasa terdapat di buffet, Pullman Putrajaya Lakeside seleksi makanan laut yang dibawa khas daripada Tanjung Sepat, ada pelbagai jenis menu Itali macam pasta, pizza, lasagna..dan "Parya Cibum" - Menu tapas yang eksotik daripada Selatan Amerika.

Ada juga bahangian menu masakan India, Vietnam, Myanmar, Thailand, Cambodia ada pasembur dan laksa, yong tau foo, Fragrance of Kowloon, Zamdin's Juicy Meat Skewer, dan macam-macam lagi laa!


Selain daripada tu, yang istimewa ada PULLMAN WALK-IN DESSERT ROOM yang mana korang boleh rasa semua jenis pencuci mulut dalam satu bilik...ada ruangan untuk aiskrim, popcorn, kek, puding, baklava dan manisan daripada Arab yang lain, jeli jeruk asam dan yang lain-lain!




Ini yang paling best sekali...Ya Allah, korang boleh makan durian sepuasnya. Durian ni dibawakan daripada Kebun Rizal Uban, fresh dan yang penting sekali banyakkkkkk! Kepada peminat durian, buffet di Pullman Putrajaya Lakeside memang tak boleh dilepaskan.


So, jangan lupa ke Pullman Putrajaya Lakeside untuk berbuka puasa!

Harga buffet :
Dewasa : RM188
Kanak-kanak : RM110

Untuk menempah:
Hubungi 03-8890 0000 atau WhatsApp kepada 016 - 890 0142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!