Thursday, April 19, 2018

Imperial Chakri Palace membawakan tema “Tantalizing Taste of Thailand” untuk Ramadan.



Buffet Ramadhan 2018 - Imperial Chakri Palace | Kalau masih tercari-cari kat mana nak berbuka puasa...korang boleh la ke Buffet Ramadhan di Imperial Chakri Palace, sama ada di Suria KLCC atau Pavilion Kuala Lumpur yang akan mula menyediakan buffet bermula 18th May 2018.

Tahun ni mereka memperkenalkan 13 jenis juadah yang disediakan oleh Royal Celebrity Chef McDang yang merupakan chef daripada Dinasti Chakri.



Ada hampir 50 pilihan makanan yang pastinya semuanya mmg berkonsepkan MAKANAN ASLI THAILAND termasuklah makanan yang selalu menjadi tarikan; KERABU!

Ada macam-macam pilihan kerabu contohnya macam kerabu mangga, kerabu betik, dan kerabu makanan laut. Nasi baik takde kerabu kaki ayam yang selalu famous di Kelantan tu..hihi.....dan ada jugak Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles sebagai pembuka selera.


Pulut Mangga


Red Ruby Waterchestnut

Sally suka sangat dengan pencuci mulut dia sampai cakap pasal dessert sebelum benda lain. Kalau korang peminat kuih-muih melayu, bubur jagung, pulut pisang, pulut mangga dan pelbagai jenis manisan lain..Korang memang kena datang berbuka puasa di sini!



Untuk bahagian lauk-pauk pula, menu kambing dimasak contohnya macam lamb in Thai Green Curry, udang masak dengan butter dan telur masin, sotong goreng kilas dengan telur masin, Tom Yam Seafood, daging masak black pepper sauce, Ayam Goreng Pandan dan ikan masak sweet & spicy.

Tahun ini jugak sedikit istimewa sebab ada makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuklah ; Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Briyani.


Ayam Goreng Pandan




Kerabu Mangga



Selain daripada itu, dibahagian live action stalls, ada juga disediakan Sate Ayam dan Sate Daging, Ikan Bakar dan Mee Tom Yam (dengan pilihan pelbagai jenis mee) yang membuatkan kita rasa macam ada kat Thailand seketika.



Yang ini paling special, setiap tahun Sally menanti nak makan "Mieng Kam" daripada Imperial Chakri Palace. Mieng Kam yang mempunyai 7 jenis bahan itu merupakan antara menu yang menjadi tarikan selain daripada menu asli Thai yang lain.



Buffet Ramadhan di The Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion “Tantalizing Tastes of Thailand” akan bermula pada 18th May 2018 dan dibukan bermula 7.00 pm setiap hari. Buffet akan berubah menjadi 3 jenis buffet dengan pelbagai makanan yang berbeza sempena Ramadhan.

Harga buffet:
Dewasa : RM98.90++(KLCC) & RM88.90++ (Pavilion)
Kanak-kanak (6-10 tahun) : RM49.90++ (KLCC) & RM42.90 (Pavilion)
Warga Emas (>56 tahun) & kanak-kanak bawah 6 tahun boleh masuk secara PERCUMA!

Early Bird Offer (minimum order 4 persons)
Purchase before 14 th May 2018 at RM78.90++ Per Adult (KLCC)
Purchase before 14 th May 2018 at RM68.90++ Per Adult (Pavilion)
Early birds offer is applicable for period from 8 th April 2018 – 14 th May 2018 only.
Group Bookings BUY 5 FREE 1

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 23827788 (KLCC) 03 21431141 (Pavilion) atau 016 2277182 atau email marketing@chakri.com.my boleh tengok di berbuka.chakri.com.my

2 comments:

  1. apa pasal post entri makanan memanjang ni. depresi mak.

    ReplyDelete
  2. Menangislah tengok makanan sedap-sedap ni T__T

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!