Friday, April 20, 2018

Citarasa Nusantara di Royale Chulan Kuala Lumpur.




Buffet Ramadhan 2018 - Royale Chulan Kuala Lumpur | Mencari makanan asli daripada nusantara Malaysia, Royale Chulan Kuala Lumpur kembali dengan tema "Citarasa Nusantara" sempena bufet Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.

Chef Sobri Soid dan pasukannya akan menyediakan 100 jenis menu makanan sempena Ramadan yang akan disajikan di Warisan Cafe di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Royale Chulan Kuala Lumpur terkenal dengan menu warisan asli Melayu dan juga makanan lain yang mampu menarik minat rakyat Malaysia.


Sup Corner & Bun Bawang

Pada tahun ini, Royale Chulan Kuala Lumpur bakal menyediakan kambing golek, Gulai Kari Mambo, Bubur Lambuk Royale dan juga seleksi pasta, sushi, lemang, Rendang, Ikan Bakar serta lauk-pauk yang menambat selera seperti Gulai Ikan Talang Masin, Pajeri nenas, Assam Pedas Claypot, Royale Biryani dan semestinya kuih muih tradisi Melayu dan pemanis mulut yang lain.


Gulai Talang Ikan Masin, Masak Lemak Telur Itik, Pajeri Nenas, Keli Goreng Cabai


Kambing Golek aduanan Herba dari Timur Tengah bersama Biryani Pak Arab


Aneka Ketupat dan Pulut

Lemang & Rendang


Pecel Nusantara

Warisan Cafe di Royale Chulan Kuala Lumpur telah mendapat pensijilan HALAL dan pakar dalam masakan Malaysia, Jepun, dan Itali serta menu antarabangsa yang lain.




Pulut Mangga Songkla



Bufet Ramadan di Royale Chulan Kuala Lumpur akan bermula pada hari kedua puasa dan istimewa untuk 5 hari yang pertama, ada promosi BELI 4 PERCUMA 1.
Harga Bufet:
Dewasa : RM148
Warga Emas : RM98
Kanak-Kanak (6-12 tahun) : RM74
Facebook : Royale Chulan Kuala Lumpur

2 comments:

  1. agak2 hotel branch penang ada menu sushi tak.. hehehe nampak lain dr lain hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...tak pasti...jarang ade sushi buffet utk ramadan..tapi ade je setengah yg ade...

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!