Monday, April 2, 2018

Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang



Buffet Ramadhan 2018 - Royale Chulan Bukit Bintang | Bagi mereka yang mencari tempat berbuka puasa yang dekat dan senang nak kesana, boleh ke Royale Chulan Bukit Bintang. Dengan tema Buffet Aneka Selera, ada hampir 300 jenis makanan yang akan disediakan setiap hari bermula 16 Mei - 14 Jun 2018 (7pm - 10pm).

Harga bagi buffet :

Dewasa : RM78.00 nett
Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 60.00 nett

Pelbagai jenis kuih muih Melayu & Pencuci Mulut

Untuk tahun 2018, antara menu yang menarik di dalam Buffet Aneka Selera antaranya Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan Bubur Lambuk yang akan disediakan olehChef Eksekutif Royale Chulan Bukit Bintang, Raja Kamaroszaman.

Surau juga ada disediakan bagi memudahkan umat Islam untuk menunaikan kewajipan.

Pulut Kuning dengan Gulai Kawah dan Rendang Itik

Antara menu yang bakal ada, seperti Pulut Kuning dengan Gulai Kawah dan Rendang Itik, Nasi Putih dan Nasi Hujan Panas dengan lauk pauk seperti Ayam Percik, Daging Deng Deng, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pajeri Nenas, Udang Masak Lemak Cili Padi dan Labu Masak Lemak Putih Udang Kering.

Nasi Arab dengan Kambing Panggang

Bubur Lambuk & Sup Tulang Rawan

Ketupat dan Lemang dengan Pilihan Serunding

Menu-menu kat atas ni hanya merangkumi 30% daripada menu yang sebenar yang bakal disajikan pada bulan Ramadhan nanti. Selari dengan temanya, Buffet Aneka Selera bakal memberikan kelainan kepada menu yang disediakan.

Ingat, jangan tamak okay?


Sepanjang bulan Ramadhan juga, Royale Chulan Bukit Bintang akan menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih, Rumah Anak Yatim Shifa.

Oleh itu, tahun ini pihak hotel berharap para pelanggan akan bersama-sama membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM10.00 dan semua hasil akan dipanjangkan terus ke Rumah Anak Yatim Shifa.

6 comments:

  1. Sedapnya sally.. Serunding tu mengidam pulak rasaaaa.. Makan dgn ketupat atau lemang.. Fuhhhh..btw tahniah sbb mengadakan kempen amal untuk rmh ank yatim terpilih..

    ReplyDelete
  2. Kambinggg...i like kambing...wajib ada kambing lau bufet ramadan ni..baru meriah

    ReplyDelete
  3. wah ramadhan punye offer dah stanby ye

    ReplyDelete
  4. pulut kuning gulai kawah tu menyelerakan.. buat orang lapar je laaa

    ReplyDelete
  5. Banyaknya menu, tak tau nak makan mana satu, kena rasa semua rugi tak makan membazir dah bayar pula tu

    ReplyDelete
  6. Serius berbaloi berbuka dekat sini. Macam macam makanan ada :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!