Bazaar Ramadhan Di Restoran Rebung Chef Ismail.



Buffet Ramadhan 2018 - Restoran Rebung Chef Ismail | Bercakap pasal menu makanan asli Melayu, semua ornag pasti akan mengatakan makanan di Restoran Rebung Chef Ismail yang terbaik. Chef Ismail memang menitikberatkan kepelbagaian menu yang akan membuatkan kita teringat kepada masakan ibu kita.

Lokasi baru Restoran Rebung Chef Ismail di Taman Botani Perdana ni mampu memuatkan hampir 500 pengunjung dalam satu masa yang sama, konsep restoran pula sangat unik dihiasi dengan pinggan-pinggan lama, dulang-dulang antik dan perkakas tradisional yang lain.

Restoran Rebung Chef Ismail ini juga MEMPUNYAI SURAU yang luas dan selesa untuk semua umat Islam mengerjakan solat.


Tahun 2018, bufet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail berkonsepkan "Bazaar Ramadhan" yang mana mereka membawakan antara juadah dan menu yang paling popular di bazaar-bazaar Ramadhan yang paling popular di negeri-negeri di Malaysia.

Hampir 80 jenis hidangan akan mewarnai buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail tahun ini. Antara menu yang menjadi kegilaan pengunjung mestilah Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu yang sangat jarang dijumpai di restoran lain dan itu menjadi salah satu menu istimewa yang menjadi rebutan.



Selain daripada menyediakan menu-menu sampingan, antara hidangan utama yang akan disajikan, bermula dengan nasi adalah nasi putih, nasi ulam, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan nasi biryani yang akan dimasak mengikut hari-hari yang tertentu.

Lauk pauk pulak yang mesti korang cuba mestilah yang paling istimewa, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Pari Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Rebung dan Perut, Ayam Percik dan sambal-sambal yang menjadi identiti masakan rumah Melayu.



Disamping makanan utma, konsep bazaar Ramadhan tahun ini akan mengetengahkan menu makanan kaki lima yang biasanya kita nampak jual di bazaar Ramadhan, antaranya roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char kuey teow, ayam percik, bubur lambuk, kuih onde-onde, ikan bakar air asam, laksa, popiah basah dan macam-macam lagi!

Antara bazaar yang dibawa ke Restoran Rebung Chef Ismail;
↪ Bazaar Kampung Baru, KL
↪ Bazaar Taman Perpaduan, Perak
↪ Bazaar Pekan Rembau, Negeri Sembilan
↪ Bazaar Peringgit, Melaka
↪ Bazaar Batu Burok, Terengganu
↪ Wakaf Che Yeh, Kelantan

Popiah Basah

Laksa

Pelbagai jenis lauk-pauk

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Kalau dah menu masakan Melayu, kuih muih pun mestilah kuih muih asli Melayu..Di Restoran Rebung Chef Ismail, ada kuih Seri Muka, Karipap, Apam Berlauk, Sago Gula Melaka, DODOL, Pulut Kacau, Aneka Bubur dan banyak lagi kuih muih yang sedap, memang sesuai untuk berbuka puasa.

Seleksi Aneka Bubur


Tak lengkap kalau makan menu masakan Melayu tanpa alunan irama Ghazal daripada kumpulan Ghazal yang dijemput khas yang setiap tahun mewarnai buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail. Memang terasa macam kat zaman kesultanan dulu-dulu! Hihihi..

Harga buffet hanya RM79.50 untuk dewasa dan RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun. Pakej Bufet Ramadhan akan bermula dari 18 Mei sehingga 13 Jun 2018. Untuk tempahan, hubungi 03-2276 3535.

Post a Comment

4 Comments

  1. not bad menu dia, popiah basah tu memang buat terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popiah dia guna kuah kacang bukan kuah merah yg biasa tu..mmg lain daripada yg lain!

      Delete
  2. alahai..terliur. Tapi kita berbuka tak makan banyak macam dedulu.

    ReplyDelete
  3. wah rare giler air tu weh...tp in lah konsep cam gini bila ramadhan...teringat nak balik raya

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!