Saturday, March 31, 2018

Resipi Bubur Gandum Barli & Jagung.



Resipi Bubur Gandum Barli & Jagung | Minggu lepas panas sangat badan, dah beberapa hari Sally batuk...agak terganggu sikit la rasanya..Jadi Sally beli barli dan minum...tapi biasa la, bila dah asyik minum air dia, ada la baki biji barli tu...agak banyak la kalau dah masak sepeket.

Sally nak buang sayang, jadinya kita masak la...dok fikir nak buat apa tapi takde dapat idea, terus proceed jela buat Bubur Gandum Barli & Jagung. Awalnya ingat nak letak biji sagu tapi malangnya dah habis pulak..aisheee~

Resipi Bubur Gandum Barli & Jagung

Bahan-bahannya:
Biji barli (dimasak sehingga kembang dahulu, asingkan airnya)
Jagung (Sally guna dalam tin)
Sekotak santan
Air
Gula
Garam
Biji sagu (optional)

Cara-caranya:
1. Masukkan barli dan jagung, masak sekali dengan santan. Masukkan secawan air. Masukkan sagu kalau suka, tapi lebihkan air kalau nak masukkan sagu. Pastikan guna api yang kecil supaya santan tak pecah minyak, nanti tak cantik.
2. Perasakan dengan gula ikut kadar kemanisan yang korang suka, letak garam sikit untuk menaikkan rasa lemak santan tu.
3. Agak-agak dah nak mendidih, tutup air dan sedia untuk dihidangkan.

Senang je kan? Jangan lupa cuba kalau ada lebihan barli. Sedap makan petang-petang!

2 comments:

  1. Fuhhhh...nampaknya jagung je ni yg tak ada...beli jagung..dah boleh buat...hehe..

    ReplyDelete
  2. wahhh bisa nih ikutin tutoriallnya, masak di kost bareng... mumpung lagi free..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!