Sunday, March 25, 2018

Kedah Attractions : Ada apa yg menarik kat Kedah?


Tarikan negeri Kedah | Jujur kata ada banyak negeri yang belum Sally sampai di Malaysia ni. Dulu arwah papa pernah la bawa kami berjalan seluruh Semenanjung Malaysia, tapi ada jugak la skip dua tiga negeri dan ada jugak negeri yang lalu je untuk ke negeri yang lain. Dalam Semenanjung Malaysia ni Sally belum habis teroka Perlis, Kedah dan Johor.

Teringat Sally, tahun 2016 pernah ke Kedah untuk Kedah Travelhunt, tapi masih banyak lagi lokasi yang belum sempat Sally jelajahi sepanjang trip beberapa hari tu. Tak sangka sebenarnya dalam negara kita sendiri pun ada banyak lokasi untuk beridah dan bercuti cuma kita ni lebih tertarik kepda negara luar berbanding negara sendiri kan?

Kedah Attractions : Ada apa yg menarik kat Kedah?

Daripada Kedah, kita boleh menjelajah ke negara seberang Thailand dan juga kepada negeri-negeri yang berdekatan macam Kelantan, Perlis dan Perak. Kedah juga terkenal sebagai negeri jelapang padi kerana menjadi pengeluar terbesar beras kepada Malaysia walaupun ada beberapa kawasan disekitar bandar telah dibangunkan.

Credit : hiveminer.com

Pulau Langkawi
Sebenarnya banyak lokasi kat kedah yang menarik, bukan hanya terikat kepada Pulau Langkawi semata, tapi Sally nak cerita jugak la sedikit sebanyak tentang permata negeri Kedah ni, Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi terletak di pantai Kedah, merupakan antara 99 pulau yang menawarkan destinasi percutian terbaik..dengan pantai yang indah, bakau yang kaya dengan flora dan fauna serta pengalaman membeli-belah bebas cukai dan legenda-lagenda yang dikaitkan semuanya menarik minat pelancong untuk kesini.

Pulau Langkawi mempunyai legenda yang terselubung dalam sejarahnya, tentang kisah tragis seorang wanita muda cantik bernama Mahsuri..yang bakal mendedahkan kisah cinta, cemburu dan sumpahan yang ditempatkan di pulau itu oleh Mahsuri selama tujuh generasi.

Walaupun generasi ketujuh penduduk Langkawi telah lama berlalu dan pergi, tapi orang-orang di sini masih percaya bahawa kemakmuran dan kemakmuran yang dikecapi Pulau Langkawi hari ini dan kisah sumpahan bukan hanya kebetulan semata-mata.

Makam Mahsuri, di mana Mahsuri dikatakan dimakamkan turut menjadi tarikan kepada pelancong daripada dalam dan luar negara. Selain daripada lagenda Mahsuri, Langkawi juga mempunyai tarikan lain seperti Langkawi Sky Bridge, Langkawi Cable Car, Dataran Lang, Underwater World Langkawi dan macam-macam lagi!

Sally pun sebenarnya teringin nak teroka Kedah dengan lebih dekat, dan dengar kata dengan Traveloka ada Unseen Malaysia. Unseen Malaysia ni merupakan satu perkongsian daripada Traveloka tentang tempat-tempat yang menarik yang ada kat negeri-negeri didalam Malaysia. Macam Sally nak ke Kedah, boleh check di Unseen Malaysia untuk lokasi-lokasi yang menarik untuk di terokai.


Tempat menarik untuk dikunjungi di Kedah.

Yang ni yang paling best nak kena kongsi, sebab selain daripada Langkawi..kat Kedah ada pelbagai jenis lokasi yang menarik dan terkenal dengan kesan sejarah peradaban dunia, antaranya:

1. Lembah Bujang
Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, dan merupakan tapak arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 Masehi hingga ke 12 Masehi.


2. Tasik Pedu
Tasik Pedu atau dahulunya dikenali dengan nama Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk di negeri Kedah. Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 kilometer dari Bandaraya Alor Setar Kedah.

Tasik yang berkeluasan 52 kilometer persegi itu mempunyai tarikan tersendiri serta kaya dengan flora dan fauna semulajadi. Bagi penggemar ikan air tawar dan kaki pancing, Tasik Pedu pasti tidak akan mengecewakan kerana ia lubuk kepada ikan seperti baung, kaloi dan lampam bersaiz besar.

3. Gunung Jerai
Gunung Jerai adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang sangat menarik di Malaysia. Walaupun kurang mendapat promosi, tapi Gunung Jerai masih menjadi antara tarikan di negeri Kedah. Gunung Jerai terletak di dua daerah di Kedah; iaitu daerah Yan dan juga daerah Kuala Muda.

Untuk tarikan pula, dekat Gunung Jerai ni ada Hutan Lipur Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, Hutan Lipur Seri Perigi, Air terjun Batu Hampar, Taman Rimba Gunung Jerai, Telaga Tok Sheikh, Gua Naga dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ada lagi tarikan utama yang ada kat negeri Kedah, cuma kena rajin membaca dan rajin teroka sendiri. Kalau tak kita yang teroka negara kita, siapa lagi kan? Jangan lupa jengah Unseen Malaysia untuk lebih banyak lokasi.

Tempat makan / menu menarik untuk dikunjungi di Kedah.

Malaysia ni syurga makanan, jadi tak salahlah kalau Sally nak kongsikan dengan korang kepelbagaian jenis menu yang ada di Kedah. Selain daripada Laksa Ikan Sekoq yang popular di Pulau Langkawi, sebenarnya ada banyak lagi makanan yang boleh kita cuba dinegeri ini.

1. Nasi Ulam

Nasi Ulam ni kadang-kadang ada yang tertukar dengan Nasi Kerabu yang terkenal di Kelantan tapi pada yang tak tahu istimewanya sebab Nasi Ulam ni kita makan nasi dengan sayur-sayuran mentah yang segar dan rempah-rempah istimewa termasuklah halia, udang kering, cabai mata burung, timun, dan kelapa parut yang dipanggang.

Ia adalah hidangan tradisional yang kebanyakannya dimakan semasa bulan puasa sebagai juadah berbuka. Nasi juga biasanya dihidangkan bersama dengan jus limau dan kuah gula merah dengan pilihan daging.

2. Pulut Inti
Pulut inti ni ada yang makan dengan mangga, durian, pisang dan ada yang makan dengan sambal.

3. Laksa Kedah
Laksa memang menjadi identiti Malaysia. Kalau di Malaysia kita terkenal dengan Laksa Johor, Laksa Penang, Assam Laksa..kat Kedah kita ada Laksa Kedah.

4. Kuih Karas

Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

Kuih caras ni terkenal di sekitar daerah Kota Setar dan sangat sesuai dibuat snek untuk minum petang, dapat kopi ke teh panas memang terbaik! Banyak lagi jenis makanan yang boleh kita cuba di Kedah, ada Ikan Bakar dan Gulai Nangka. Semuanya menjadi tarikan kepada negeri Kedah tu sendiri. Jangan lupa cuba semua!

Dah alang-alang buat kajian pasal Kedah, rasanya macam nak kena buat trip jugak ke Kedah. Boleh jalan-jalan Semenanjung Malaysia. Tak cukup sehari nak jelajah di semua destinasi ini. Apa lagi yang ditunggu-tunggu? Kekayaan alam semulajadi yang ditawarkan di salah satu negeri tertua di Malaysia ini patut dinikmati oleh semua orang, muda atau tua..itu termasuklah Sally jugak!

10 comments:

  1. terliur pulak kita tengok nasi ulam tuu...

    ReplyDelete
  2. hi, kedah ada sha :P datanglah kedah, semua makanan murah murah tau hehehe

    ReplyDelete
  3. Mmg bestlah pakai unseen msia nu..sbg nak cari tmpt2 yg best2 bg setiap negeri kan

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat view padi tu.. Mmg kedah antara negeri yg byk padi kan.. Teringin nak bergambar kat area situ..Kuih karas tu tak pernah lagi makan..

    ReplyDelete
  5. Cheq anak Kedah. hihi. Lembah Bujang tu dekat sangat dengan rumah mak ayah akak tau. Kitorang kat MErbok.

    ReplyDelete
  6. Kalau cakap pasal Kedah automatik akak fikir Langkawi je..Lain tak pernah ambil tahu pun.hahaha

    ReplyDelete
  7. Abah cik en org kedah tp x explore habis kedah lg.. nk gi foodhunter la

    ReplyDelete
  8. Walaupun dah banyak kali pi kedah tapi memang best la.. terutamanya bab makanan. Kena la dengan selera..Banyak makanan kedah yang sedap2..

    ReplyDelete
  9. Bestnya tempt menarik dekat kedah boleh lawat makanan pun nampak sedap. Ni kena survey awal kalau nak bercuti baru boleh lawat banyak destinasi kan

    ReplyDelete
  10. Teringin nak ke langkawi. Bila la dapat peluang. Hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!