Friday, March 9, 2018

Cloves Restaurant & Cafe - Selera Western Terbaik!


Cloves Restaurant & Cafe | Cloves Dining | Sally mmg suka memasak, tapi kalau nak suruh masak western mmg malas gila, pada Sally masak western food ni macam bosan sikit sebab banyak benda nak kena fikir..hahaha..as solution, kita makan kat luar!

Sally singgah ke Cloves Restaurant & Cafe, yang terletak di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Tak jauh pun daripada LRT Wangsa Maju. Restoran ni agak tersorok sikit kalau tak pandang betul-betul, nasib baik la Sally nampak kat luar dan ianya berada di tingkat dua.

Restoran ni pernah featured dalam Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), itu yang tertarik nak g cuba tu..sebab nampak hos makan, potong steak yang juicy tuuu...meleleh air liur! Sally datang ni pun lepas tengok blog Adzril.com sebab ada banyak menu yang sedap, karipap pun sedap hokay!


LAMB SHOULDER (RM30.00)

Makan western food, tak sah kalau takde kambing. Jadinya Sally pilih Lamb Shoulder untuk makan. Kambing dia sangat juicy, lembut dan takde bau hamis kambing. Selain daripada dipadankan dengan kentang putar, salad segar dan gravy yang sedap tuu...kambing ni makan begitu je pun dah menarik.

Sally actually suka "lamb rack" daripada bahagian lain, tapi yang bestnya bahagian lamb shoulder ni kalau korang nak tau, bahagian ni bahagian yg paling byk bekerja pada seekor kambing, jadinya daging kat situ mmg full of flavours; pejal dan mantop! Kat restoran ni, daging kambing dia semua import daripada Australia tau!


RIB EYE STEAK (RM 40.00)

Menu favorite Sally makan malam tu, rib eye steak sebab dah lama teringin nak makan beef steak. Sampai je menu terus tgk kat bahagian western food, nak order short ribs tapi malangnya tak ada rezeki sebab takde stock pulak. Jadinya dapat makan rib eye steak pun dah bersyukur sangat dah kan?

Kalau orang tanya Sally suka Rib-Eye atau Sirloin, yang ni all the way from New Zealand!!! Sally pun tak boleh jawab..sebab bahagian daging ni lain sikit kan...macam mana cara masak, itu yang membezakan sedap dia..tapi yang kat Cloves Restaurant & Cafe ni, rib-eye dia mmg sedap dan juicy but still macam ada something missing!


TROPICAL PUNCH & MINTED STRAWBERRY LEMONADE (RM9.90)

Dah makan, kena la padankan dengan minuman yang fresh..huihhh...Sally mmg suka gila dengan Minted Strawberry Lemonade tu, rasa strawberry dia manis masam, ada peppermint lagi...mmg rasa fresh lepas makan steak yang berlemak tuu..hahahaha..Saje mintak lemonade dengan harapan dapat cover lelemak daripada kambing & daging lembu tuu..hahaha

Sally makan berdua dengan kak Neyra Syazeyra, korang boleh usha blog dia kalau nak tau pasal istimewanya set burger dia. Hahahaha...Memang kami makan banyak pun..LOL...

Selain daripada selera western kat sini, korang jugak boleh cuba pelbagai jenis menu yang lain. Ada burger, salad, soup, Asian menu (nasi goreng etc), pasta, Mee Bandung Batu Pahat, Soto, Laksa Kedah dan semestinya la pilihan desserts yang sedap-sedap..Boleh jengah ke blog Afzal SukaSuki, dia ada review masakan panas macam Nasi Goreng etc.

Dengar kata owner kedai ni peminat Red Velvet Cake, jadinya korang kena cuba kalau korang berkesempatan ke sini. Dorang pun ada sedikan khidmat katering untuk 200pax kebawah.

Cloves Restaurant & Cafe (Cloves Dining)
Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota,
53100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-4141 8585

8 comments:

  1. Alaaaa...apesal jauh..dari sg buloh nak ke situ..ermm...tp apa ada hal kan..katapun JJCM..bestnya lamb shoulder

    ReplyDelete
  2. nampak menarik sangat makanan tu. hahahha

    ReplyDelete
  3. Fuhhh nampak sedap sangat tu. Boleh lah try nanti :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Lamb tu.. kita ni dah hantu lamb.. 😄

    ReplyDelete
  5. Menyesal baca entry ni sebab tgk menu Sally makan terus jadi craving tau

    ReplyDelete
  6. adeh sedapnye sis..belum sarapan lagi nih

    ReplyDelete
  7. perghhhh
    nampak sedapnya lamb tu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!