ANCHOR FOOD PROFESSIONALS PASTRY AND CULINARY CHALLENGE 2018.


ANCHOR FOOD PROFESSIONALS PASTRY AND CULINARY CHALLENGE 2018 | Minggu lepas Sally berkesempatan ke KDU University College, Glenmarie untuk Anchor Food Professionals Pastry & Culinary Challenge 2018.

Untuk pengetahuan korang, Anchor Food Professional merupakan peneraju dalam industri perkhidmatan makanan tenusu di Malaysia. Daripada butter, spreads, cheese semuanya memang dah dikenali dan sebati dengan hidup rakyat Malaysia.

Untuk tahun 2018, pertandingan berlangsung selama 4 hari bermula 13-16 Mac dijalankan yang mempertaruhkan 3 kategori; kulinari, kek dan pastri. Sally dapat tengok pertandingan masa kategori "Best Cake - Hotel Channel" sebab pergi sehari je. Ada 7 finalist dan semuanya mewakili hotel-hotel yang berlainan. Tahun 2018 merupakan tahun ke-3 penganjuran pertandingan ini, dan kali pertama menampilkan kategori kulinari (dengan penglibatan chef bagi masakan panas).


Culinary & Pastry maestros telah dijemput untuk mengadili pertandingan ni, antaranya Chef Jean Francois Arnaud MOF bertindak sebagai Ketua Juri untuk kategori pastri, bersama-sama dengan Chef Nazeri Ismail, dan Chef Arthur Heng.

Hadiah untuk setiap kategori:
(Gold) 1st Prize - RM5,000 + Trofi + Sijil Penyertaan
(Silver) 2nd Prize - RM3,000 + Trofi + Sijil Penyertaan
(Bronze) 3rd Prize - RM2,000 + Trofi + Sijil Penyertaan


Bagi kategori kek, semua peserta WAJIB menyediakan 2 jenis kek menggunakan komposisi yang berbeza yang mana setiap satu resipi mesti mengandungi/menggunakan sekurang-kurangnya 30% Anchor Whipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari berat keseluruhan kek tersebut.

Tema:
i. 1 Jenis Kek Penuh (Tema : Mangga) → 800g - 1kg
ii. 1 Jenis Kek Individu (Tema : Strawberi) → 80g - 100g


Gan Terk Yeong - (Sofitel Kuala Lumpur, Damansara)

Hah! Yang ni la pemenang kita. Untuk kek penuh beliau menyediakan "Mango, Rosemary, Hazelnut" dan untuk kek individu, "Strawberry, Basil and Lime"..Yang bagi kelainan Sally rasa sebab beliau menggunakan rempah seperti Rosemary dan Basil dalam kek dia. Mmg ada kelainan dekat situ. Kedua-duanya menggunakan "cheesecake" sebagai base.


Dengan pengalaman hampir 5 tahun dalam bidang kek dan pastri, ternyata memberikan beliau kemahiran yang diperlukan untuk menang dalam pertandingan ini. Walaupun ni merupakan pertandingan pertama yang pernah beliau masuk, tapi rezeki mmg tak pernah salah alamat kan?


Nyon Pei Shan - (Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur)


Untuk kek penuh, beliau mengetengahkan konsep mangga dengan cheesecake dan coklat putih. Simple je kek dia tapi detailing dia yang buat kek ni nampak hidup. Dalam tempoh sebulan je dia bersiap sedia untuk pertandingan ni...walaupun terpaksa membuat ujikaji berulang kali untuk dapatkan rasa dan dekorasi yang paling sesuai. Menang pulak tempat kedua, memang bertuah betul kan?


"Strawberry with Lime Chill Cheese" - Bak kata chef dia yang kecil molek tu, strawberi memang menjadi kegemaran dia, jadinya dapat tema yang paling dekat dengan kita antara salah satu kelebihan untuk mencipta resipi yang lain daripada yang lain.


Tan Shong Yee - (Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur)


"The King's" - Sally awal-awal memang tertarik dengan kek daripada pemenang nombor tiga ni..salah satunya sebab tema nama kek dia yang paling senang nak ingat, untuk kek penuh dia mengetengahkan resipi coconut cream cheese, white chocolate, hazelnut sponge cake dan yuzu (Citrus Junos).

So, kek ni akan rasa manis dan masam yang balance. Huihhh...rasa teringin betul nak cuba kek ni tapi tak berkesempatan...Hahaha..Dengar kata dia ambil masa 2-3 bulan untuk mendapatkan resipi dan rasa yang seperti yang diinginkan.


Individual cake dia pun sangat comel...sekali tengok macam bantal yang bawak mahkota tu kan...yang ni pulak dinamakan "The Queen's". Tema dia sama juga, gunakan strawberi sebagai bahan utama.

Ternyata chef-chef daripada hotel terkemuka di Malaysia ini memang ada kepakaran mereka yang tersendiri. Tak hairanlah pastri dan kek daripada hotel semuanya memang sedap dan comel-comel je bentuk dan dekorasi mereka.

Pertandingan macam ni seharusnya diteruskan supaya dapat memartabatkan industri kulinari dan pastri di Malaysia. Lagipun chef-chef muda ni perlu lebih banyak pendedahan kepada pertandingan sebegini untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri.

Untuk lebih maklumat tentang pertandingan ini atau produk Anchor, korang boleh layari website rasmi mereka, www.anchordairy.com

Post a Comment

9 Comments

  1. sedapnye tengok gambar2 pastry smua sis....

    ReplyDelete
  2. Tu dia..rak nampak macam kek pun..kan??kalau depan mata sayang la nak makan..

    ReplyDelete
  3. Aah kek dia simple..mesti ada sesuatu yg menarik juri

    ReplyDelete
  4. Alahai nampak sedap dan menarik kek yang di hasilkan.. Nanti nak cuba produk anchor pulak lah..

    ReplyDelete
  5. cute gila deco kek dia. terliur zaza tgk..rasa nak belajar juga buat kekk😍

    ReplyDelete
  6. Kek diorang macam mable, nampak clear simple tapi cantik. Ini gaya memang sayang nak makan. Individual kek pon nampak comel. Bestnya dapat tengok competition macam ni. Hehe

    ReplyDelete
  7. Jenama Anchor ni dah lama ada di pasaran kan. Kinah kalau nak buat kuih atau kek memang guna jenama ni. Wuuuu sedapnya semua kek tu.. Hadiahnya pun not bad. Tahniah kepada semua pemenang. Kinah suka tengok competition macam ni.

    ReplyDelete
  8. Semua nampak sedap dan menarik kek tu :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!