Monday, March 5, 2018

2018 Rose of Sharon Collection (Starbucks)


2018 Rose of Sharon Collection | Dalam blog ni jarang sebenarnya Sally cerita pasal tumbler sebab Sally takut orang akan mengata...Kalau orang yang jenis mengumpul tumbler yang official, they will know the price of that thing is quite high...Jadinya sebelum kena kecam, baik tak payah cerita. Haha

Sally memang peminat dan pengumpul tumbler Starbucks, biasanya kalau ke mana-mana negara yang ada Starbucks, Sally suka beli koleksi negara tersebut sebagai koleksi/souvenirs untuk diri sendiri. Ramai orang suka beli fridge magnet, key-chain, poskad dan macam-macam lagi tapi Sally mmg dah puas hati kalau dapat tumbler.

Koleksi Rose of Sharon mmg sentiasa menarik perhatian Sally tapi sayangnya Sally tak ada satu pun tumbler daripada koleksi ni. Yang sedihnya, bila koleksi ni keluar Sally surely akan ada kat Malaysia sebab bulan March kan..Kalau Sally pergi Korea pun biasanya bulan April (musim bunga).


Apa kaitannya Sally kat Malaysia?

Sebabnya Rose of Sharon Collection ni hanya ada di Korea...1 Mac di Korea merupakan hari kebangsaan mereka..kiranya "Korean Independance Day" dan collection ni akan keluar pada bulan Mac setiap tahun...tapi setiap tahun akan datang dengan design yang berbeza...cumanya akan tetap menggunakan design bunga "Mugunghwa" atau dalam English kita panggil "Rose of Sharon" macam kat atas ni laa...

Oh, untuk pengetahun korang...Bunga "Mugunghwa" ni merupakan bunga kebangsaan Korea, jadinya sebagai tanda menyambut Hari Kemerdekaan Korea, koleksi ni dilancarkan dengan simbolik bunga ni sebagai latar belakang...


Range harga untuk setiap koleksi berbeza...biasanya dalam lingkungan RM60-RM120 mengikut saiz, design dan currency laa...haihhh...menangis rasanya tengok harga kat Starbucks...Sally rasa macam nak kirim kat kawan yang ada kat sana sekarang, koleksi Rose of Sharon tu..Mungkin jela..mungkin akan beli...hahahaha...

Ada yang sama hobi kumpul tumbler?

6 comments:

  1. zaza baru tau benda ni panggil tumbler.. =) oh ya serius zaza ckp cntik sgt dgn bungaan mcm ni. dah rasa bkenan pula di hati..

    ReplyDelete
  2. wah bestnye kumpul2 ni..memerlukan ruang dan pengorbanan yg tinggi sis

    ReplyDelete
  3. Cantiklah yang ni.. setakat ni belum pernah beli lagi. Masuk starbucks mesti tengok je dekar rak dia.. koleksi tumbler. Hihi

    ReplyDelete
  4. wah..harga pun boleh tahan mahal..tapi cantik la sally..memamng best kalau dapat kumpul buat koleksi.

    ReplyDelete
  5. Omg tumbler nih cute lah Sally. Nak nak warnag tumbler tuh pink..adoiiii mengugat iman betul la..cair terus tgk kalau warna pink

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!