Tuesday, February 13, 2018

Review Filem “THINK BIG BIG” (大大哒), karya terbaru Pengarah Chiu Keng Guan.


Filem “THINK BIG BIG” (大大哒) | Kalau korang pernah tengok "The Journey" dan "Ola Bola", ini lagi satu naskah yang korang kena tonton! Naskah terbaru daripada Pengarah Chiu Keng Guan, yang sebelum ini telah berjaya dengan "The Journey" dan "Ola Bola".


Sally teruja gila sebab dapat jadi antara manusia pertama yang dapat tengok ni..seminggu awal daripada tayangan kat Malaysia okay! Terima kasih kepada Watsons Malaysia sebab anjurkan movie premiere night ni..Siap jumpa dengan semua pelakon yang berlakon dalam filem ni..memang syok habis!


Kalau korang nak tau, ada pelbagai syarikat yang terlibat dalam pembikinan filem ni termasuklah Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd dan mm2 Entertainment Sdn Bhd, disokong juga dengan sponsor-sponsor seperti Watsons Malaysia, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (100PLUS) dan Sunway City KL.

Sinopsis ringkas:
Movie ni mengisahkan tentang Moon, seorang gadis yang berbadan besar yang mempunyai impian yang sangat besar. Moon rasa bekerja sebagai maskot di salah sebuah taman tema merupakan kerjaya yang sangat diimpikan. Akibat daripada satu accident, Moon kena join pertandingan mengurangkan berat badan dan sampai satu tahap dia diangkat sebagai "Dewi Pujaan Rakyat", dan sisi kehidupan dia yang bebas menjadi tunggang langgang.

Komen Sally:
Setiap satu naskah Pengarah Chiu Keng Guan memang sangat penuh dengan mesej. Sally suka cara mesej-mesej disampaikan..Elemen kekeluargaan, persahabatan dan jati diri kita. Jangan terlalu fikirkan apa yang orang cakap. Pernah ada seseorang yang berkata,"Kalau ada 99 komen yang baik dan 1 komen yang buruk, jangan terlalu fikirkan yang buruk tu, fikirkan semua kebaikkan yang ada". Filem ni juga menunjukkan sisi baik buruk menjadi seorang "social media influencer/selebriti". Sally sendiri boleh relate dengan pelbagai emosi dalam filem ni sebab ada banyak persamaan dalam diri Sally sendiri.

Jangan lupa untuk ramai-ramai ke pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Februari 2018 untuk menonton naskah terbaru daripada Pengarah Chiu Keng Guan.

8 comments:

  1. Macam best je cerita ni, baca sinopsis pun rasa tak sabar nk tengok

    ReplyDelete
  2. Alamak. review Sally ni buat TB terasa nak tengok je citer nii.. alaaa.. bila la nak pi tengok ni.. dah lama tak pi pawagam.. memang best ni kalau tengok jalan citer sally ni

    ReplyDelete
  3. Emi hari tu macam nak join jugak tengok cerita ni. Tapi takut takde geng so tak jadi huhuu. Tak tau pulak sally pun join jugak.

    ReplyDelete
  4. Nak tengok tp pawagam jauh sgt kt tmpat zaza ni.. Ketiga2 movie tu zaza blm lg tonton.insyaallah ada kesempatan zaza tgk

    ReplyDelete
  5. Wah mcm menarik je cite ni... Nnti boleh lah tgk... Kat mana leh tgk ek... Boleh tgk kt web mne2 ke?

    ReplyDelete
  6. untungnye sally dapat tgok awal dari traikh tayagan..

    ReplyDelete
  7. Wah movie sempena CNY ke ... sinopsis pun nampak menarik ni

    ReplyDelete
  8. Akak suka filem2 macam ni...santai2 boleh tengok dengan keluarga..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!