Monday, February 19, 2018

Resipi Takoyaki Yang Mudah dan Sedap.


Resipi Takoyaki, Okonomiyaki | Betul tak Sally cakap, asal duduk rumah kepala ligat nak memasak. Sally awalnya memang teringin gila nak makan takoyaki tapi sebab sekarang harga takoyaki makin melampau dan makin kedekut, segala mak nenek condiment dia nak charge, jadinya kita buat sendiri.

Sally beli pan takoyaki ni daripada Shopee, ada promo RM26 je..memang terus sambar walaupun ambil masa yang lama untuk sampai..almost 2 weeks jugak la, memang dah dijangkakan pun jadinya takde la nak marah.


Sally beli condiment seperti Bonito flakes, mayonis (guna jenama Kewpie yg warna merah), Aonori powder (seaweed powder) dan Takoyaki sauce kat AEON. Senang sikit nak cari sebab kat bahagian makanan Jepun/Korea dia semua ada. Nak beli online pun boleh kalau korang suka. Sos Takoyaki pun boleh buat sendiri, korang boleh Google okay?

Untuk resipi Takoyaki, Sally ambil daripada blog ieyra.com cuma ada sedikit olahan daripada Sally.

Resipi Takoyaki
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1½ sudu makan tepung jagung
2 biji telur (prefer saiz B)
2 cawan air
3 sudu teh kicap cair
Sedikit garam dan lada sulah

Untuk inti pula masa ni Sally hanya gunakan hotdog dan ayam, sebab masa pan takoyaki ni sampai excited nak buat, tak menyempat nak beli octopus bagai. Selain tu korang boleh juga gunakan crabstick, udang, sotong, chicken slice, cheese dan macam-macam lagi. Ikut selera la.

Lepas korang dah campurkan semua bahan untuk buat adunan tadi, simpan dalam peti ais dalam 30 minit sebelum digunakan. Dalam masa 30 minit ni korang boleh la sediakan hirisan kobis, daun bawang dan inti-inti yang korang nak gunakan. Nak lebih kick, hiris cili padi dan campur dalam hirisan daun bawang. Hihihi.


Lepas tu dah boleh la korang nak golek-golekkan takoyaki dalam pan, pastikan sentiasa ada minyak supaya bebola tako tadi garing. Selesai masak, boleh letakkan sos takoyaki, mayonis dan hiaskan dengan bonito flakes & Aonori powder.

Dah siap!

Resipi ni juga boleh digunakan untuk buat Okonomiyaki.

9 comments:

  1. Sedapnya nampak boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  2. Akk pernah beli je...
    tapi akak x berapa suka sgt...
    tapi bila tgk org makan macam sedap je..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. order kat sally pastu deliver bule? hehee... sedap na nampaknya... nak try malas tau nak makan je...

    ReplyDelete
  4. wah nampak cam senang je... ermm ada can pi beli kuali ni hehehe

    ReplyDelete
  5. saya pun ada beli pan dia.. tp sampai laa ni tak masak2 lagi. haha

    ReplyDelete
  6. Okay simpan siap siap resepi ni. Nanti dah beli acuan nak buat tu boleh try dekat rumah. Heheh :)

    ReplyDelete
  7. order kt kak sally je buleh? hehe

    ReplyDelete
  8. perghhh
    pos dekat sini sekotak boleh?
    hahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!