Tuesday, February 20, 2018

Perkhidmatan Bekam Ke Rumah! (Wanita Sahaja)


Buat bekam di rumah | Ini actually pengalaman pertama Sally buat bekam..Sally pun tak pasti masa arwah papa ada dulu pernah ke tak buat, sebab rasa macam ada..tapi macam lost ingatan pasal buat bekam, jadinya konklusi Sally ini kali pertama la buat bekam.

Kadang tu bila buat bekam, kita kena cari tempat yang terbaik..yang murah tu semestinya, tempat yang bersih (hygienic) dan tak sakit! Hahahaha...dulu ibu pernah cerita, kalau zaman datuk Sally, nak buat bekam ni nak keluarkan darah tu dorang kelar sikit guna pisau. Huihhh..bukan main tragis lagi pengalaman. Hahaha.

Ini Sally nak kongsikan dengan korang, pasal bekam. Perkhidmatan buat bekam kat rumah ini actually daripada kawan Sally, bila dapat tahu yang dia ade buat perkhidmatan buat bekam kat rumah, terus set date dan booked slot dengan dia, tapi perkhidmatan ni khas untuk perempuan dan di sekitar Kuala Lumpur je ye.


Sebelum Sally share lebih lanjut, Sally nak cerita sikit la pasal bekam. Bekam ni merupakan salah satu rawatan alternatif untuk beberapa jenis penyakit contohnya macam Darah Tinggi, Kencing Manis, Gaot, Migraine, Masalah Jerawat, Asthama dan Resdung kerana bekam fungsinya untuk membuang darah kotor daripada permukaan kulit dan toksin daripada dalam badan kita. Bekam juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bahkan pada zaman Rasulullah SAW juga ada menggunakan bekam cuma kaedahnya menggunakan tanduk kerbau atau lembu, tulang unta dan gading gajah. Perkara ini diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih juga menjelaskan mengenai rawatan bekam, yang dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Bekam juga ada beberapa jenis, antaranya Bekam Angin, Bekam Api (kalau korang pernah tengok movie Karate Kid lakonan Jackie Chan ada digunakan) dan Bekam Darah.

Tapi bukan semua orang boleh berbekam tau. Untuk wanita yang tgh haid atau mengandung, orang yang ada masalah tekanan darah rendah, yang ada penyakit kulit, penghidap kanser darah adalah sama sekali tidak digalakkan untuk berbekam.



Sakit tak buat bekam?

Jujurnya ada la sakit sikit, tapi bukan tahap melampau la. Sakit pada Sally masa nak buat bekam angin, which is nak bagi letak cup tu ke badan kita. Sakit sikit juga masa nak keluarkan darah, tapi sakit dia macam korang cucuk nak ambik darah kat jari tu je.

Kalau korang nak tau, ini lah pen dan pin jarum yang digunakan, kecil je kan? Tak sakit mana pun cuma biasa la kalau dah "tercucuk" memang la akan ada rasa sikit tapi Sally okay je dengan rasa tu...Jarum ni jenis pakai buang, jadinya satu jarum satu orang..takkan digunakan semula..jadi kalau korang nak buat bekam, pastikan cari yang selamat dan tak guna pisau keyh..kalau tak seram oii!


Ini pula cup yang digunakan untuk bekam, cup ni ditempah terus daripada Korea. Hahahaha. #KakakKimchi korang kan memang suka benda pasla Korea ni..hehehe..cup ni pun special sebab ianya berkualiti tinggi dan bukannya jenis pakai buang, cup ni boleh digunakan semula.


Walaupun cup ni boleh digunakan semula, tapi jangan risau..sebab lepas guna memang kawan Sally akan steril setiap satunya, dan "detergent" yang digunakan pun diimport khas supaya dapat menjamin kebersihan daripada kuman dan sebagainya. Jadi jangan takut okay?


Sally buat bekam satu badan, daripada badan sampai la ke kaki. Tengok darah yang keluar tu terfikir, berapa banyak la darah kotor dan toksin ada dalam badan ni. Bayangkan kalau dah 28 tahun ni, tak pernah keluarkan darah kotor dan toksin (selain daripada haid), macam mana la keadaan badan kita.

Sally alhamdulillah tiada penyakit yang teruk buat masa ni, cuma ada la penyakit Insomnia, Migraine dan Resdung. Yang lain-lain takde la lagi, tak tau la kalau dah memang ada tapi kita yang tak tau ke kan, tapi harapnya takde la.

Untuk muka pulak, memang Sally ada masalah jerawat pada bahagian bawah dagu, sebab tu kalau korang perasan dalam gambar pertama tu Sally buat bekam muka/wajah dan tengok la betapa meriahnya darah keluar kat bahagian dagu tu...Kesan bekam ni mengikut tahap kesihatan individu juga, takde la lepas bekam terus cantik, atau terus sihat. Kalau nak muka berseri, buatlah bekam.


Kalau korang nak tau, kalau masa berbekam keluar darah dan berbuih macam dalam gambar ni, ada kemungkinan yang asid urik tinggi dalam badan. Jadinya sebelum terkena gaot atau masalah buah pinggang, lebih baik berbekam supaya darah kotor dan toksin dalam badan kita dikeluarkan.

Ibu Sally pun join buat bekam jugak, kat beberapa point badan dia yang sakit sebab dia takut jarum dengan darah..Alhamdulillah, kurang rasa sengal sendi dia katanya. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti Sally nak paksa dia buat satu badan, biar dapat kurangkan masalah Darah Tinggi & Kencing Manis dia.


Maaf la kalau korang jijik sikit tapi inilah darah kotor daripada bahagian tulang belakang Sally. Memang takut tengok darah yang mengalir, darah kotor yang keluar daripada kaedah bekam ni tekstur dia macam jeli dan likat.

Antara kebaikkan berbekam:
↪ Membantu menghilangkan pening dan migrain.
↪ Membantu membuang angin dalam badan dan melegakan pernafasan.
↪ Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
↪ Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
↪ Mengeluarkan darah toksin dan melancarkan peredaran darah.
↪ Membantu meringankan tubuh akibat darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit.

Kalau korang berminat nak menggunakan khidmat bekam ke rumah, korang boleh hubungi Biha (019-573 0459). Biha ni dah dapat Pengiktirafan daripada International Homeo & Naturomedic Institute Malaysia. Biasanya kalau buat bekam whole body, makan masa 2-3 jam. Plan your slot in advance okay?

Harga bekam:
Bekam Angin (12 cup / RM20)
Bekam Asas (12 cup / RM50)
Bekam Penyakit (14-18 cup / RM70)
Lain-lain perkhidmatan boleh hubungi Biha directly. Tambahan cup : RM5/cup

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Ibnu ‘Abbas r.a: Dari Rasulullah SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu ada tiga hal: Berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (Riwayat Bukhari).

34 comments:

  1. aduhai...
    hati mmg nak buat bekam ni...
    tp takutttt...

    ReplyDelete
  2. Teringin nk try bekam..nk buang drh kotor.. Tp wawa takutla.. Sebab ngeri tgk drh tu.. Huhu

    ReplyDelete
  3. 4 tahun lepas pernah buat bekam muka n belakang.. kecut jugak mula2 nak buat sebab ingat sakit bila kena jarum tu..rupanya tak sakit pun mcm gigit semut je pun

    ReplyDelete
  4. seriau tengok org buat bekam ni..tp lega dah lepas buat tu ek..apa2 pun k.el mmg takut nak buat bekam..nak amik darah pun siap pejam2 mata hihi

    ReplyDelete
  5. seriau tengok tapi teringin jugak..bila la nk berani ni

    ReplyDelete
  6. Teringin nak cuba gak bekam ni tapi takut bila tengok orang buat hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Bru 1st time buat bekam.. mmg best lps buat

    ReplyDelete
  8. akak biasa dah bekam tapi bukan kat rumah. lepas bekam memang rasa best, cam ringan je... tapi lepas bekam kene terus minum air panas kalau tak rasa dizzy sket...

    ReplyDelete
  9. tak sakit ke? terbayang bayang sakit sebab ada darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la sakit sangat...ade la bisa sikit masa nak keluarkan darah..tapi still bearable :)

      Delete
  10. Apa rasanya badan selepas berbekam? Mesti selesa kan?

    ReplyDelete
  11. Pernah nak try bekam sebab ramai yang cakap lepas bekam badan rasa ringan je tapi tu laa. Suka fikir negatif. Hahahahaaa

    ReplyDelete
  12. huu.. seramnya tengok darah yang keluar hasil bekam tu.. TB memang seram benda2 macam ni .. hubby kata nak buat.. TB cakap boleh buat tapi kat rumah sila pakai baju.. taknak tengok bekas bekam tu.. serammm.. hahahaha

    ReplyDelete
  13. Akak memang takut bab bekam- bekam ni..walau ada baiknya..tak tau la..hati akak tak kuat sebab akak memang penakut..

    ReplyDelete
  14. tengok darah kotor memang geli..tapi ramai yang cakap lepas berbekam badan memang rasa ringgan ..betul ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul kak...yg paling ketara kat bahagian muka Sally kak...rasa macam bernyawa blk..resdung kurang...badan biasa nmpk lmbt sikit effect dia..kena kerap buat

      Delete
  15. kalau first time buat mesti banyak yg keluar..

    ReplyDelete
  16. Saya selalu buat bekam angin je. Tapi kat badan bahagian belakang and shoulder.Memang sakit nak mampus kot maa buat tu. Whoa! bekam kat dagu? first time tengok ni.

    ReplyDelete
  17. Dlm hidup sis sekali je sis pernah buat bekam ni...blue black terus kat tmpt bekam.. lama nk hilang lebam tu, kulit sensitif sgt..hehehe.

    ReplyDelete
  18. nak buat bekam penyakit tu.. nak whole body, i dah pernah buat bekam tapi darah tak banyak keluar cam ni. hihih.. tapi harganya dia macam murah lah dulu buat seratus juga la

    ReplyDelete
  19. Memang bagus buat bekam ni. Tapi akak tak pernah try lagi. Cuma husband pernah buat. Rasa macam teringin nak buat. Tunggu keyakinan tu datang dulu sebab cucuk-cucuk tu kan... hehehe... Tapi harga dia kira berpatutan jugak tu.

    ReplyDelete
  20. I never did this before but I can see the effective way of doing it. Looks good for us to do it sometimes.

    ReplyDelete
  21. alaaaaa ngerinya tengok tang darah2 tu.. huhu kalau neeza tak berani.. nak cucuk jarum amek darah pun dah melalak, haha

    ReplyDelete
  22. sal..orang kurus mcm ina.Agak agak,bole bekam tak? menarik la.Nak cuba juga la nnt. part darah berbuih tu..macam bagus ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..takde masalah...cuma masa tarik nak lekatkan cup mungkin kena work hard sikit laa kalau jenis takde isi

      Delete
  23. Seumur hidup tak pernah lagi buat bekam ni. Kalau kinah buat ni tak tau la macam mana rupa darah tu.

    ReplyDelete
  24. Lama tak bekam badan... Dulu ada member, dia buat urutan tradisional dalam masa yang sama ada tawarkan bekam... Cuma kena pastikan time tue tak ramai orang je... Bayar ikut ikhlas...

    Now dia xbuat sebab ramai yang datang mengurut dan dia xcukup tangan nk membekam...

    ReplyDelete
  25. Kita pernah juga ambil khidmat berkam dari rumah tapi guna service lain lah memang best seronok selain dari pekerja yang berpengalaman mereka suka berkongsi cerita tu yang buat kita tak jemu sambil berbekam...

    ReplyDelete
  26. baru semalam talking with my friends about this bekam things... ari ni dah baca post bertam awak..
    at least now i know where to find home visit service. memang nak cari lama dah...

    Racheal

    ReplyDelete
  27. Kak tak pernah buat bekam lg, tp rasanya tak boleh kot sbb darah rendah, mmg bagus berbekam utk kesihatan

    ReplyDelete
  28. Oh my! banyak nya darah keluar!~ tak pernah try khidmat ni,,

    ReplyDelete
  29. Eeee geli nyer bila i tengok darah kotor yang pekat macam itu. I think I want to try also coz my back macam sengal sengal.

    ReplyDelete
  30. Dilla pernah juga dulu buat bekam dibahagikan kepala disebabkan kene migrain yang teruk . Tapi bila servis bekam boleh buat dirumah nanti kita rujuk kada blog sally Ye Thank you share πŸ˜˜πŸ‘

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!