Neyra & Sally bg talk sempena #AlumniTalk KPM Beranang.



Diam tak diam, dah masuk 10 tahun Sally ambil Diploma...masa awal-awal dapat tahu yang dapat masuk KPM Beranang, terus blur...kejadah mana la datangnya Beranang ni dalam peta Malaysia ni...rupanya takde la jauh, elok je kat sempadan antara Semenyih dan Nilai.

Awal minggu ni (20/2/2018), Sally dan kak Neyra (ieyra.com) telah dijemput oleh bekas lecturer kami, Encik Maizul untuk berkongsi tentang blog dan bagaimana menjana pendapatan dengan blog, awalnya agak reluctant jugak untuk pergi tapi why not kita berkongsi ilmu yang sedikit dengan orang, mana tau ada bahagian kita kat sana nnt kan?

KPM Beranang merupakan titik permulaan untuk seorang Sally, kat sini Sally belajar banyak benda..macam mana nak survive, macam mana nak kenal hati budi orang, macam mana nak berdikari dan macam-macam lagi..semuanya kat sini.


Berdebar Sally nak bagi talk..hahahaha...actually dah lama gila tak berdiri kat khalayak ramai dan bercakap, kalau kat kolej dulu memang Sally selalu je jadi MC, OC (Orientation Committee)...tapi lepas tu dah jarang dah...pulak zaman bekerja dengan zaman degree lagi la kurang. Blogging pulak setakat jumpa dengan rakan blogger, media yang lain jadinya takde la exposure diri tuu macam zaman kolej.

Slot Sally dengan kak Neyra berkait dengan blog dan bagaimana menjana income daripada blog, tajuk yang diberikan "Blogger Masyuk"..hanya mampu ketawa je..hahahaha...Memang la pada hakikatnya sekarang ni Sally bergantung penuh dekat blog untuk sumber pendapatan, tapi yela...pro & cons mesti ada bila kita berblog ni.


Sharing? Rasanya banyak merapu daripada kongsi pengalaman..hahahaha...Sally sebenarnya agak lost nak bercerita, dengan slide tak boleh pasang...point merapu meraban sana sini..tapi alhamdulillah la..almost 2 hours jugak sesi perkongsian kami.


Sempat bergambar dengan bekas lecturer; Ms Tim & Puan Suraya.


Kebetulan hari yang sama, ada sorang lagi speaker yang menarik perhatian Sally dengan kak Neyra. Happy dapat jumpa bro Badrul Hisham, salah sorang speaker...yg dah mengembara ke 18 buah negara, naik basikal sebagai pengangkutan dgn 11,000km jauh, dlm 5 bulan! Daripada London ke Malaysia okay!!
.

dan alang-alang dah ada kat kolej, Sally pun jumpa la dengan kaunselor kesayangan..hahaha...ramai orang pelik sebab Sally rapat dengan kaunselor, sebab biasanya yang rapat dengan kaunselor ni budak bermasalah..hahahaha...tapi Sally tak ye..I is baikkkkk!

So, kepada alumni KPM Beranang kat luar sana, jangan takut dan kembali la ke kolej untuk kongsi pengalaman korang..Pengalaman tu ilmu yang paling mahal tau! :)

Post a Comment

22 Comments

  1. cikgu, kita nak tanya boleh tal? hehe... congrats on your first talk...

    ReplyDelete
  2. Wah Sally bagi talk pasal blig..good job sally..i know you can do it

    ReplyDelete
  3. Tahniah..ianya satu perkongsian yang baik buat generasi Y. Kena bagi pendedahan positif untuk mereka.

    ReplyDelete
  4. Waaa.. bercerita pasal blog? Now blog pun mcm sesuatu yang penting dan berguna kan..

    ReplyDelete
  5. Wahh bercakap pasal blog dekat tempat kita pernah menimba ilmu tu hehe gud job! Kalau ciktie segan juga tu

    ReplyDelete
  6. Wahh tahniah Sally.. apa salahnya kita berkongsi sesuatu yang kita tahu kan. Moga perkongsian Sally di sana memberi impak positif buat mereka .

    ReplyDelete
  7. Kalau sy pon seriau nak bagi talk pada org. Tambah2 nak kongsi pengalaman. Tp bestlah sbb dpt jumpa guru2 lama. Congrats !

    ReplyDelete
  8. Wahhh bagusnya sally & neira. Teruskan usaha utk dedahkan kelebihan blog kpd org ramai.

    ReplyDelete
  9. wah.. salute la kat sally.. berani dan ada keyakinan nak bercakap di depan sambil story semua tentang blog.. cayalah.. ada yang berminat nak jadi blogger tak lepas tu? heee

    ReplyDelete
  10. Wah tahniah sally diberi peluang berkongsi pengalaman dgn para pelajar. Semoga sedikit sebanyak dpt membangkitkan semangat mereka untuk mencebur diri dalam berblog kan. Kak ana pun lama dh tak berucap dpn org. Last masa diploma juga masa jadi OC 15 years back. Oh i miss so much those memories. :)

    ReplyDelete
  11. Wow, both of you are brave. Sharing is caring and I do hope I have the courage to speak in front people and share my experience.

    ReplyDelete
  12. Menariknya bagi talk ttg ilmu blog. Semoga ramai yg dapat manfaat dan terinspirasi dengan talk tu. ^^

    ReplyDelete
  13. Tahniah.. moga semua dapat membantu dorang dan share ilmu dari blogger yang berqualiti dan mantap.

    ReplyDelete
  14. Wah ada keberanian nak bagi talk. Lepas ni lia boleh tanya sally lah pasal blog ni kan. Hehhe

    ReplyDelete
  15. tahniah. bukan senang nak bagi talk mcm tu

    ReplyDelete
  16. Wah..tahniah sally and neyra dijemput bg talk..mmg kelm kabut kalau slide x leh nak pasang kan..tp salute la sbb sally berani bagi talk..kalau akak mmg x la kot

    ReplyDelete
  17. Love your topic of the talk. Groom the name of blogger. This is a very good platform to build your brave and charisma.. keep up the good work

    Racheal

    ReplyDelete
  18. Wahhh terbaik lah sally. Berani sungguh, kalau sis ni mau menggeletaq tubuh badan..hahaha.
    Tahniah buat uoll berdua..teruskan usaha

    ReplyDelete
  19. Wowwww sally dan neyra la..... Bro dah lama xbg talk.. dah tak laku dah kot... hahahhaha

    ReplyDelete
  20. Tahniah Sally anda sangat berbakat.. walau merapu tetap ada point penting yg hendak dishare btl tak?

    ReplyDelete
  21. Kena menuntut ilmu berblog dengan kak Sally juga lah macam ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!