Thursday, February 8, 2018

Katil yang menjadi idaman Sally di IKEA.


IKEA | BILIK TIDUR

Sally rasa semua orang la suka pergi IKEA. Kalau tak sebab meatball dia, chicken wings ataupun karipap inti telur tu mahupun sekadar nak OOTD dekat rak simpan barang tuu kan? Sally pulak jujurnya tak suka pergi IKEA..hahaha..bukan sebab salah IKEA tu tapi maybe sebab Sally bukan jenis orang yang suka menghias rumah, jadinya Sally tak minat sangat dengan IKEA, selain daripada karipap dia laa...


Kalau korang nak tau, Sally sebenarnya dalam proses nak menjual rumah dan berpindah ke rumah yang lain..Jadinya bila ke IKEA, Sally suka betul pilih katil dan perabot dalam bilik tidur..yang lain tu tak kisah sangat..sebab dari dulu ibu je yang tukang beli, jadinya dia suka ikut selera dia bukan nak tanya kita kan...jadinya untuk rumah yang baru ni Sally nak pilih semua perabot dalam bilik Sally sendiri.

Katil pertama yang Sally paling suka, macam yang atas tu...Sally start suka katil ni masa tengok drama Jepun, HanaKimi...Masa tu mmg adore gila katil lepas tu ada ruang untuk kita buat kerja..tapi satu je yang Sally fikir, kalau masa Sally penat, sure malas gila kan nak panjat tangga..tak boleh nak landing terus. Jadinya masih dalam perancangan sama ada Sally akan ambil katil ni atau tidak..haha..Katil ni saiz orang dewasa sebab boleh tidur dua orang, ada jugak saiz kanak-kanak..yang single bed dan tangga rendah sikit.


Katil kedua, yang macam ni...means yang boleh tarik untuk buat dua katil atau satu je...ada lagi satu jenis yang sama level dia..jadinya kita boleh buat jadi sofa atau katil. Salah satu sebab kenapa Sally suka katil ni sebab Sally pemalas! Malas nak kemas katil setiap hari..jujurnya katil Sally kat rumah sekarang ni pun, paling rajin Sally lipat selimut dengan susun bantal je...nak suruh tarik kasi tegang setiap bucu, nak menepuk tampar bantal semua mmg bukan kebiasaan..hahaha

Walaupun puas pusing IKEA, tak banyak benda yang Sally minat..kecuali susun atur dan kekemasan ruang yang boleh kita dapat daripada perabot mereka..but overall, I will stick to minimalist for my new home~

Korang kalau pergi IKEA buat apa?

13 comments:

  1. yes..suka tgk interior design kat IKEA. mula la berangan nak ruang tamu mcm tu.. furniture mcm tu..mcm2 la..
    emm..balik dr bangkok..memang plan nak shopping kat ikea.. now simpan duit dulu. plus anak2 pun dah besar..leh kot.... in sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally rasa perabot IKEA mcm sesuai utk ruang yg kecil dan sederhana je kan? hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. indeed! suka tgk cadangan deko kat IKEA

      Delete
  3. Replies
    1. Alaaaaa..mai datang KL or Johor..hahahaha

      Delete
  4. katil2 kat okea ni memang lawa gilaa. nanti dh ada rumah sendiri nak beli perabot dari ikealah

    ReplyDelete
  5. K.el mmg suka brgn ikea..produk dia kan scandi look do mmg taste k.el lah..siaplah nti penang taun dpn dh ada ikea..tgh menabung ni hihi..k.el pun berkenan katil pic no. 2 tu..boleh buat as sofa jugak

    ReplyDelete
  6. Ikutkan wawa smua kenan.. Tp dh kwen ni nk plh katil cmni mmg kne tidur luarlah jawabnya.. Hahaha.. Xdelah gurau je.. Btw, mmg cntik katil yg sally pilih..sana mcm citarasa wawa masa single lg..hehe

    ReplyDelete
  7. cakap pasal ikea ni .. semua perabot atau barang ikea TB suka.. tak de yang TB tak suka.. semua TB suka.. termasuklah katil yang sally suka ni.. heee..

    ReplyDelete
  8. Suka pergi makan aje dekat IKEA. Hahahaha! Sambil sambil tu cari ilham nak deko rumah sendiri nanti.

    ReplyDelete
  9. Liniey pergi Ikea sbb nak makan meatball..haha. btw katil kedua tu lawa🌸

    ReplyDelete
  10. Hari tu ada masuk ikea.. Mmg tgk sudut2 hiasan bilik, perabot semua..first time masuk.. Mmg gila lah.. Bab katil tu mcm2 design.. Ikutkan semua berkenan kan sally hihi

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!