Wednesday, February 14, 2018

Kad Digital & Aplikasi NGO Negaraku, keistimewaan buat ahli NGO di Malaysia.


Kad Digital "NGO Negaraku" | 2018, mungkin merupakan tahun yang agak mencabar daripada segi ekonomi. Zaman ekonomi makin tenat, jadinya perlu sangat langkah untuk berjimat. Dengan inisiatif itu, kad digital & aplikasi "NGO Negaraku" telah diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP), sebagai langkah untuk membantu NGO di Malaysia.

Kad digital & aplikasi "NGO Negaraku" telah diperkenalkan dalam sebuah majlis di Dewan Perdana Felda pada Sabtu yang lepas dan buat masa permulaan ni ada hampir 50 Badan Bukan Berkanun (NGO) bersama-sama untuk menjadi ahli dan mencuba 30,000 kad digital "NGO Negaraku" yang telah diedarkan secara percuma.

Untuk pengetahuan korang semua, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) merupakan sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan. Terbentuk daripada gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman, mereka telah bersama-sama menggunakan kepakaran mereka bagi melahirkan program-program yang berkualiti berteraskan kepada pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.


Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan Prinsip 3M iaitu:

1) Menghubungkan Kerajaan, Rakyat, khususnya Ahli-ahli badan berdaftar termasuk NGO dalam era digital berteraskan Semangat Negaraku.
2) Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
3) Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Aplikasi "NGO Negaraku"

Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan aplikasi telefon pintar “NGO Negaraku” yang hanya boleh diakses oleh pemegang Kad "NGO Negaraku" untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang terbaik.


Konsepnya lebih kepada memberikan perkhidamatan kepada ahli dengan harga yang lebih rendah. Disamping itu aplikasi telefon bimbit ini turut mempunyai kepelbagaian kegunaan, seperti aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital dan dijalankan secara atas talian dan terus dapat disalurkan kepada penerima.

"Ciri baharu ini juga akan membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain. Ini bermakna pengerahan bantuan perkongsian akan lebih cepat ketika kecemasan."


Sebagai rumusan, kalau korang masih lagi tak faham pasal fungsi kad ni..kad ni merupakan kad yang boleh dianggap sebagai sara hidup digital, sebabnya pengguna kad ni boleh menikmati produk dan jugak perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat.

Rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain (pemegang kad), membayar bil, tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

Pada peringkat pengenalan ini, terdapat beberapa syarikat yang turut serta memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, dan comfort reflexology. Kepada NGO-NGO di Malaysia, kad ini akan memberikan kelebihan dan keuntungkan kepada ahli. Jangan lupa untuk muat turun aplikasi NGO Negaraku.

8 comments:

  1. Wow.. Menarik ada NGO ni..mcm2 info ada.. Yg bestnya boleh beli brg dgn hrga terpilih juga kan..

    ReplyDelete
  2. wah.. nampak macam2 dah cara orang nak memudahkan kita berbelanja sambil berjimat sekarang ni yea.. era tanpa tunai lah katakan..

    ReplyDelete
  3. Bagus kad ni diedarkan oleh para NGO Malaysia & Koperasi ... dorang boleh berbelanja dengan lebih jimat kan

    ReplyDelete
  4. Macam menarik je kad ni Sally. Boleh beli velah secara online lagi.bab bab ni memang akak laju

    ReplyDelete
  5. bila tgk fungsi kad ni mmg best la...tgk blk video ada lagu yg depa nyanyi kt stage..tringat sally ckp dh bole hafal ni sbb kali byk sgt kuar lagu tu kn hehe

    ReplyDelete
  6. Baru tahu tentang kad ni, looks interesting ! thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!