Durianbb Park - Spot terbaik makan durian di Kuala Lumpur!

9:00:00 AM Sally Samsaiman 15 Comments



Spot terbaik makan durian di Kuala Lumpur | Bercakap pasal durian..ni haaa orang dia...peminat durian sejak azali...kalau korang nak tau, Sally dulu tak suka makan durian...bila orang lain makan...Sally akan pegang seulas durian tuu sampai kalau la boleh durian cair, dah cair dah dia kat tangan Sally.

Tapi sebab arwah papa memang tak suka anak-anak dia tak makan atau memilih makanan, lama kelamaan Sally jadi suka...sampaikan apa yang berkait dengan durian boleh jadi gila laa..salah satu sebab sebab kakak Sally suka durian...Sally daripada kecil memang jenis copy paste dia..apa yang dia suka, apa yang dia makan..semua Sally suka..kecuali ketam..LOL


Durianbb Park - Kali pertama dengar, Sally ingat ni kawasan perkelahan ke apa..tapi lepas go through FB page dorang, baru la Sally tau yang Durianbb Park ni actually tempat kita makan durian. Apa yang special kat sini ialah, korang boleh makan pelbagai jenis durian dan yang paling penting sekali dengan harga yang murah.

Antara jenis durian yang korang boleh rasa kat sini termasuklah durian kampung, D101, D13,D24 (XO / Musang King) dan D197. Best kan? Korang tak payah fikir nak beli kat mana, datang je kat sini...semua jenis durian ada..Sumpah la Sally happy gila dapat jemputan untuk Majlis Rumah Terbuka a.k.a Majlis Pembukaan Durianbb Park minggu lepas, terasa macam dunia ni indah gila bila dapat makan durian free-flow..Bersyukur dia sampai tak tergambar. Siap pakej demam 3 hari laa sbb overdose durian..LOL


Selain daripada makan durian, korang jugak boleh beli pelbagai jenis makanan yang berasaskan durian...contohnya macam coklat durian, aiskrim durian dan macam-macam lagi...yang penting semuanya menggunakan durian yang terbaik dan berkualiti!

Durian ni kalau kena dengan gayanya mmg terbaik laaa..Sally tau, kadang-kadang ada yang tak makan durian tapi suka makan tempoyak dan vice versa..tapi apa pun, durian ni mmg satu nikmat dunia dan salah satu tarikan kepada industri pelancongan Malaysia, kan?

Durianbb Park
No. 15, Jalan Kamuning, Off Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile / Whatsapp : +60 1-2678 5445
Phone: +60 3-2110 3475
Email: info@durianbbpark.com
Website: durianbbpark.com

You Might Also Like

15 comments:

  1. Amboi....seronoknya dia bau durian tu...

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa..k.el yg hantu durian ni.pun x.mkn durian lg tau hahaha..kt penang pun ada tmpt makan durian kt balik pulau tu.fruit farm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade baca pasal fruit farm tu...mahal tak rate dia kak el..bestnya makan macam ala-ala dusun tu kita punya..LOL

      Delete
  3. Banyak jenis durian yang ada.. adoiii nak jugak... kak rose memang suka durian tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe Kak Rose...sally makan sampai overdose kak..hahahaha

      Delete
  4. Kalau zaza pi kl.. Mohon tlg bawak zaza pi sini.. 😍 zaza pun hantu durian..tak dpt durian.. Dpt makn aiskrim pun jadi lah janji ada rasa durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maii la KL dulu..hahaha..tapi mmg best gilaaa la makan kat sini..

      Delete
  5. Amboiii untungla empunya badan dpt makan mcm mcm jenis doyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak...alhamdulillah sungguh...happy betul rasa

      Delete
  6. Alamak, hari tu pergi jugak. tak terserempak pulak dengan sally. hehehe tak sempat posing dengan durian tu. terus masuk dan makan. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Bestnya weyyyy. Kita ni dah la hantu durian. Sally, range harga dia camne eh?

    ReplyDelete
  8. isssk dia tayang gambo durian laaa pulak. geramnyaaa hahaha..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!