Buat churros dengan 4 bahan!

1:03:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments


Resipi churros | Churros merupakan sejenis makanan yg berasal daripada Spain dan dikenali sebagai donut walaupun takde lgsg rupa donut. Susah ke nak buat churros?


Haaa.. Iye! Tak susah dan korang tak salah channel...untuk korang yg teringin nak makan churros tapi susah nak cari, ini Sally kongsikan dengan korang resipi yg mudah nak buat churros dengan hanya 4 bahan. Yup, hanya 4 bahan!

Bahan-bahannya:
🔸 100ml air
🔸 25g @ 2 sudu butter
🔸 ½ cawan tepung gandum
🔸 Sedikit garam

Senang je kan bahan-bahan dia? Sally yakin bahan-bahan ni ada je kat dapur korang tuu..So, jom sambung baca cara-cara nak buat.

1. Masak air dan butter sampai butter cair, tak perlu sampai mendidih. Letak kan garam. Kacau rata. Tutup api.

2. Masukkan tepung gandum dlm adunan tadi, kacau sampai jd doh. Masukkan dlm piping bag, sejukkan sekejap dalam peti ais (20min) sebelum goreng.

3. Sedia utk dimakan!

Tips:
🔹 Goreng dgn minyak yg panas supaya churros x serap terlalu banyak minyak.
🔹 Boleh hidangkan dgn sos coklat, strawberry, blueberry, cream cheese atau roll dengan cinnamon powder & gula halus.

Selamat mencuba ye!

You Might Also Like

12 comments:

  1. simple cara je nak buat churros ni. last time adik ray ade buat jugak. sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun...benda-benda semua dah ada kat dapur! hihi :D

      Delete
  2. Ooo senang je bahan bahan dia ya. Nanti boleh try!

    ReplyDelete
  3. mkn dgn cinnamon perghhh sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. syahduuuuu je rasa..lagi-lagi kalau baru lepas goreng!

      Delete
  4. La sikit je bahannya. Ingatkan banyak. Boleh cuba nanti ni. Cuma kena cari piping bag je la. Thanks sally share resepi churros ni. Pasni tak yah la beli hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...pastikan piping bag dengan nozzle yg sesuai..baru dapat churros yg cantik!

      Delete
  5. owhhh senang jer buat nya
    ingatkan susah

    ReplyDelete
  6. Senang je nak buat.igtkan susah.sally kalau butter takde boleh ganti dengan marjerin tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kak...kalau guna butter bau dia wangi dan lebih crunchy, tu je beza dia :)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!