Resipi Tauhu Berlauk Ayam

8:30:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments


Tauhu Berlauk | Lama betul Sally tak kongsikan resipi..Yela..bertapa hampir setengah tahun kat Seoul tu, blog terabai..Ini pun baru dapat jejak balik..hehe..Resipi Tauhu Berlauk ni sebenarnya Sally nampak orang share..Jadinya Sally yang melangok kat rumah ni terus la rasa nak cuba.


Menu ni mudah je pun sebenarnya..dan sesuai kalau nak buat lauk makan dengan nasi ataupun buat snek minum petang...Macam Sally buat untuk minum petang tadi..sampai malam tak pandang nasi dah..hahaha..

Bahan A
5 keping tauhu petak
2 tiub tauhu telur
1 keping dada ayam (prefer guna ayam cincang)
2 biji telur Gred A

Bahan B (Cincang) - Sally guna chopper supaya tak terlalu halus
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili merah, cili padi - ikut selera
1 batang lobak merah
Daun sup & daun bawang
Garam & lada sulah secukupnya

Cara-caranya:-
1. Blender semua Bahan A (Blender jangan letak air tau)


2. Masukkan Bahan B yang siap cincang dan gaul rata, perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya. Kalau ada perasa ayam pun boleh tabur sedikit.


3. Masuk bancuhan dalam bekas plastik dan kukus 15 - 20 minit (sampai tekstur bertukar macam fishcakes; kenyal tapi lembut)


4. Sejukkan dulu sebelum potong, takut hancur. Bila nak goreng tu..celup dengan telur dan goreng dgn minyak yg panas.


5. Lepas goreng boleh makan dengan sos cili, atau makan sebagai lauk dengan nasi.

Cadangan :
Boleh cuba guna isi udang untuk dapatkan tauhu lauk yang lebih sedap.

Senang je kan? Bahan-bahan pun tak susah sangat nak cari..Jadi jangan lupa cuba okay!

You Might Also Like

9 comments:

  1. wwahhh...gitew resipi. sedap wei..sok jumpa bagi rasa ye hahaha

    ReplyDelete
  2. Baru ingat nak Whatsapp tanya resepi. Hahah! Thank you Sally! Nanti nak try jugak buat sebab nampak sedap tauhu ni.

    ReplyDelete
  3. Sally ni mmg rajin masak plus rajin makan ehh? Hahaha.. Tolonglah jgn goda makanan yg i xpenah buat.. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Ya Allah ya Allah terliurnya...tq tq share resepi nti boleh cuba sbb kami ni hantu tauhu haha

    ReplyDelete
  5. wahhh senang gilerr.. nak try lah sally... time bulan puasa nak buat ni pun boleh kan...senang dan cepat

    ReplyDelete
  6. Liniey tak suka makan tauhu. Tp kalau berlauk mcm ni mesti ngap punya hehe

    ReplyDelete
  7. Senang je nak masaknya. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  8. Waaahh, ini sedap. Slalushad buat tauhu goreng2 biasa saja, letak sayur. Mmg tauhunya takde rasa. Ni kalau buat macam resepi Sally ni, konfirm xcukup 5 ketul tauhu rumah shad. Nnti nk try. Sedapp..Tq sharing this resepi..

    ReplyDelete
  9. hantarlah sini sikit makan sorang2.. Bangi bukan jauh pun sampai ati tak offer pun..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!