Monday, January 29, 2018

Resipi Coney Dog / Coney Island Hot Dog (Beef)


Membesar sebelum McDonald's terkenal di Malaysia, Sally memang banyak habiskan masa di A&W. Biasa la budak-budak, dapat makanan ringan, fast food lagi la seronok kan...Lagipun Sally mmg suka betul minum rut bir kat A&W. Selain daripada Moza Burger, favorite Sally setiap kali datang ke A&W mestilah Coney Island Hot Dog ataupun lebih dikenali sebagai Coney Dog.

Disebabkan di Malaysia ni tak banyak outlet A&W yang ada..dan kalau ada pun dalam linkungan jarak yang agak jauh jadinya nak makan dengan kerap tu akan menjadi masalah. So, nak elakkan daripada rindu Coney Dog..apa kata kalau kita buat sendiri?


Coney Dog ada pilihan sama ada kita nak ayam ataupun daging, jadinya sebab favorite Sally daging...jadinya Sally akan kongsikan resipi untuk buat Beef Coney Dog.

Coney Dog @ Coney Island Hot Dog
Bahan-bahannya:

400 grm isi daging kisar
1 biji bawang besar (cincang guna chopper)
1 biji bawang Holland (cincang guna chopper)
1 sudu kecil rempah kari daging
2 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato (tomato puree)
1 sudu besar gula perang (optional)
1 sudu besar mustard (optional)
1 cawan air
2 keping keju cheddar
Sedikit garam
5 keping roti hotdog
5 keping sosej daging (dapat yg besar tu best)

Cara-cara nak masak:

⇨ Dalam satu mangkuk, campurkan rempah kari, sos tomato, sos cili, mustard dan 1/2 cawan air. Kacau sehingga jadi paste.
⇨ Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. (Tinggalkan sedikit bawang Holland untuk hiasan)
⇨ Kemudian masukkan isi daging kisar dan biarkan ia masak seketika.
⇨ Setelah isi daging kisar empuk, masukkan paste yang buat tadi. Kacau hingga sebati semuanya.
⇨ Tambahkan gula perang (jika perlu) dan sedikit garam (jangan terlalu banyak garam kerana ada keju).
⇨ Jika kuah agak cair biarkan hingga sedikit kering. Jika kuah agak pekat tambahkan baki 1/2 cawan air tadi dan biarkan didih.
⇨ Akhir sekali masukkan keju cheddar. Kacau sebati & kuah akan menjadi pekat.
⇨ Kukuskan roti selama 1 minit dan sosej selama 7-8 minit.
⇨ Hidangkan roti bersama sosej dan tuangkan 2 sudu kuah yg dimasak tadi. Taburkan bawang besar Holland yang kita simpan tadi diatasnya

Senang kan nak buat..Sally pun excited cuba buat kali pertama..lepas ni nak makan satu, dua, tiga, nak makan semua! Mungkin la rasa tak sama macam dengan Coney Dog yang sebenar tapi sementara tak ada kerja, baik buat sendiri...hehehe..Puas makan!

7 comments:

  1. Alaaaa...senangnya nak buat..lepas ni nak try la..Dania tentu suka..boleh ajar dia..senang dia nak bawak bekal pi sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je kan kak? Sally makan terus rasa macam Ya Ampunnn...nak buat jual je..hahaha

      Delete
  2. wahhh..wah...senang je...
    yeay..dah boleh komen blog awak ni dik...
    klu x,asyik kena block je kat opis akk ni...
    harap² pasni xde la block lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...mmg senang gila kak!
      Alaaaa...yeke..patut la lama x nampak akk jejak kat sini :P

      Delete
  3. Mudah je nak buat.. Tq share.. Lepas nie tak de lah rindu sangat dgn a&w.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kan? Sally pun buat ni sebab susah nak jumpa A&W yg dekat

      Delete
  4. hantar sini please.... tergodaaaaaaa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!