Gold Facial dan Totok Wajah di Heal & Beauty Centre, Desa Pandan.

9:37:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Spa Heal & Beauty Centre, Desa Pandan | Jadi perempuan ni...sesekali nak jugak memanjakan diri..Baru-baru ni Sally dengan Syifa' ada ke spa...Syifa' buat massage & gold facial yang paling popular dekat Heal & Beauty Centre...Jangan tak tau, pelakon Azrel Ismail pun buat rawatan facial kat sini hokay! Walaupun agak terpencil, tetap famous!


Apa yang Sally suka pasal spa ni...sebab bukan hanya pentingkan kecantikkan tapi lebih pentingkan penyembuhan (healing), selari la dengan nama spa dia..Tapi sayangnya Sally takde buat apa-apa rawatan pun pada haritu sebab keadaan kesihatan yang tak berapa baik...jadinya teman Syifa' jela kiranya...



Spa ni bukan sebuah spa yang fancy macam yang korang selalu tgk..tapi jangan pandang rendah tau sebab tukang urut dia berpengalaman hampir 10 tahun dan spa ni pun dah lama sangat dibuka! Selain daripada tukar urut yang sangat berpengalaman, yang perlu korang cuba ialah gold facial dia dan totok wajah..

Apa dia totok wajah tu?

Totok wajah ni macam senaman utk muka, dan totok wajah biasanya bermain di aura lapis pertama....urutan yang menggunakan tenaga daripada therapist korang bagi membetulkan struktur bahagian muka..kalau macam ade lemak yang terlebih tuu...boleh mantopkan lagi biar tak menggelebeh..

Ada dua jenis totok, salah satunya ialah totok wajah dan lagi satu totok aura..kedua-duanya ada fungsi dan kebaikkan masing-masing dan tak ada jurang yang terlalu besar pun pada fungsi keduanya.


Step gold facial ni sama je macam kat mana-mana spa...tapi yang special ada certain features yang korang takkan dapat dari spa yang lain..Contohnya, mereka akan menggunakan high frequency machine untuk matikan bakteria jerawat secara total...function lebih kurang macam laser tapi tak sama la...sbb tak rasa sakit.


Hah! Yang ni la gold leaf tu...selepas cuci muka, dah steam, dah matikan jerawat dan lain-lain lagi, therapist korang akan letakkan sekeping gold leaf ni kat muka dan dibiarkan kering sendiri..Mesti korang tertanya-tanya apa bagusnya buat rawatan gold leaf ni kan?

Antara kelebihan gold leaf ni, yang paling ketara ialah menganjalkan kulit, anti-penuaan, memudarkan jeragat/jerawat, memberikan kolagen kepada kulit dan yang paling penting sekali, membuatkan kulit nampak glowing dan sihat.

Kulit Syifa' memang sedikit kusam sebab dia jenis suka berjaga malam dan kurang rehat...jadinya nampak la kat kulit dia tu..


Lepas tu, gold leaf tadi tu akan diurut bersama dengan gold serum...bagi memaksimumkan kebaikkan yang ada pada gold leaf tu...Biar kulit muka dapat serap semuanya sekali..


Lepas tu step yang terakhir, akan bersihkan muka tuu...semua kotoran akan keluar tau...terutamanya sel kulit mati semua tuu..muka jadi ringan dan bersih...lepas tu akan pakai mask dan akhir sekali bersihkan dengan air suam...So far memang berbaloi la dengan harga dan juga service yang diberikan..bukan puji lelebih ni tau..hahaha


Ini la muka Syifa' lepas selesai massage badan dan buat gold facial kat sini..Gambar dalam phone tu nampak lebih baik sebab dalam phone kan dah ada effect beauty..tapi lepas buat totok wajah, memang nampak muka jadi tegang dan nampak fresh kan?

Sally baru tau kalau jadi VIP MEMBERS, korang akan dapat lebih banyak benefit...salah satunya mestilah diskaun yang tak masuk akal!

Dan benda yang paling penting sekali...korang kena kejar HAPPY HOUR/LAZY SUNDAY PROMO...sebab harga dia kadang-kadang tu tak masuk akal, diskaun kadang sampai 50%!

SUNDAY HAPPY HOUR

RM25 FACIAL
RM37 MASSAGE
RM45 VIP MEMBER
RM35 GOLD
20% SELECTED PRODUCT; FREE TOTOK WAJAH

Sementara tu, kalau rasa nak cuba..korang boleh tengok kat Instagram dorang (@healbeauty), dorang akan update semua promo untuk sepanjang waktu, terutama untuk Lazy Sunday laa..

Boleh try call untuk sebarang pertanyaan atau nak booking slot!
☎ +603-92015010
☎ +6018-3853059
☎ +6011-11365177

Heal & Beauty Centre
No 30- 02, Jalan 1/76C, Desa Pandan,
Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.
www.healbeauty.my

You Might Also Like

2 comments:

  1. akak rsa fresh gila muka lepas totok pasak tu hahaha

    ReplyDelete
  2. Alaa bestnya tgk kawan sally buat.. Xpe la sally.. Nanti lain kali boleh pergi dan buat okey..lps rawatan mst rasa fresh je skin.. Rasa mcm segala habuk2 kat muka bersih je kan :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!