Musim Panas di Australia; Taste Australia bawakan buah-buahan segar ke Malaysia!


TASTE AUSTRALIA | SUMMER FRUITS & CHERRIES

Bercakap pasal makanan, Malaysia merupakan syurga dunia untuk makanan dan tak asing lagi menjadi pusat eksport makanan daripada luar negara..Terbaru ni Taste Australia telah membawakan buah-buahan musim panas terus ke rumah korang!

Bulan Januari - Mac merupakan bulan Musim Panas (Summer) di Australia..Masa Sally menang pakej ke Melbourne dulu pun, Sally sengaja pilih bulan June sebab masa tu tgh Musim Luruh (Autumn), memang tak la nak bercuti musim panas, Malaysia pun dah cukup panas!


Di Australia, musim panas bermakna buah-buahan segar! Itu termasuklah buah seperti cherry, dan kumpulan summer fruits (plum, aprikot, peach, nectarine, pluot)...Berita baiknya sebab korang tak perlu terbang sampai ke Australia untuk makan buah-buahan segar ni tau sebab korang dah boleh dapatkannya di pasaraya di Malaysia, yang penting masih sesegar macam baru lepas kena petik!

Ms Amelia Fyfield; Deputy Commissioner To South East Asia, Trade & Investment Victoria

Mr Paul Ritchie; CEO Tesco Stores Malaysia

Kata Mr Paul Ritchie, ini bukannya kali pertama pihak Tesco membawa masuk buah-buahan daripada Australia, tahun lepas merupakan kali terakhir mereka bawakan makanan sihat ni ke Malaysia..yang penting harga di Tesco sangatlah berpatutan.

Untuk buah cherry, mereka menyasarkan buah ini akan berada dalam pasaran mereka sehingga hujung Februari dan buah-buahan lain akan berlanjutan sehingga bulan Mei.

Nutrionist; Marissa Parry

Masa majlis pelancaran tersebut, seorang pakar makanan bernutristi, Marissa Parry telah berkongsi 3 jenis resepi yang sangat sesuai untuk musim panas dan juga semestinya menggunakan buah-buahan tersebut. Breakfast smoothie bowl, summer popsicles, salad...semuanya makanan yang sihat dan yang penting sekali sedap...buah-buahan ni masing-masing mempunyai kelebihan dan kebaikkan yang berbeza.


Siapa kata nak makan makanan sihat kena makan sayur je 24 jam? Banyak resepi yang boleh dipelbagaikan...semuanya ikut selera kita...tapi jangan la lepas makan salad, makan cereal pergi melantak makan ayam, nasi goreng pulak kan..hihihi..makan ikut keperluan bukan ikut nafsu tau!



Sempena Chinese New Year yang akan datang, pihak Tesco juga telah menyediakan kotak buah ceri edisi istimewa untuk diberikan kepada sanak saudara..selalu kalau beli hamper, apa kata tahun 2018 ni ubah sikit..bawak buah-buahan..


Warna merah dan bentuknya yang bulat sering dikaitkan dengan kekayaan dan membawa tuah sepanjang tahun...Buah-buahan segar melambangkan permulaan hidup yang baru..Selain daripada ceri, di China dan Jepun terutamanya, buah aprikot juga dipercayai berkait rapat dengan keabadian dan kehidupan yang berpanjangan.

So, kepada korang yang pentingkan kesihatan dan yang penting sekali nak rasa kesegaran buah-buahan yang didatangkan khas daripada Australia ni, korang boleh kemana-mana Tesco yang berdekatan dengan korang..

Cherries dan Summer Fruits akan turut sama ada dipasaraya besar yang terpilih sepanjang musim, Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman Facebook rasmi mereka, Taste Australia Malaysia

Post a Comment

4 Comments

  1. Buat pavlova bubuh buah buahan segar Australia ni buat tekak mengidam jadinya

    ReplyDelete
  2. Wowww... Bleh dapatkan kat Tesco je yer buah2an Australia.. Tak biasa, so boleh la try..

    ReplyDelete
  3. freshnya! masa pegi aussie time summer dulu pun mmng berlambak buah2 segar :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!