Review | ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion

6:24:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Kat Malaysia ni cuaca agak kering, selain daripada minum lebih banyak air masak / air mineral...kulit kita pun perlu penjagaan yang lebih jugak untuk kekal terhidrat dan jadi lembut je..tapi jangan ingat dengan minum air je dah boleh kekalkan kulit kita lembut daripada terhidrat..Mereka yang bekerja dalam kawasan yang ada penghawa dingin pun akan ada masalah kulit kering..solusinya, penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit.


Baru-baru ni Sally ada cuba ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion...ianya datang dengan 3 variasi tapi Sally cuba yang "ROMANTIC" dan "ALLURING"..Lagi satu tu "CHARMING"..Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun sangat bagus untuk mereka yang sibuk, sebabnya dengan hanya guna sekali sehari pun dan boleh kekalkan kelembapan kulit, muda dan berseri.

Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda! Yang bestnya sebab losyen ni berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

You Might Also Like

7 comments:

  1. Dapat juga free gift dri watson. Tapi yang kecik jealaa. Memang sumpah wangi giler!

    ReplyDelete
  2. TB suka enchanteur ni dari dulu lagi.. sebab bau dia wangi dan lembut je.. enchanteur ni memang sinonim sangat dengan bau yang segar dan lembut dari dulu lagi kan

    ReplyDelete
  3. I love the nice smell of the Lotion. I have most of the scent.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak dengar pasal Enchanteur. Sekarang ni dia dah ada banyak produk baru macam lotions ni.

    ReplyDelete
  5. Brand ni zaman kecik2 dulu mmg popular..sape yg pki ni mmg org kaya lah kata nye hahahha..lps tu mcm dah senyap kejap..sekrg mencanak2 naik

    ReplyDelete
  6. Ruby suka yang charming tu. Hahaha. Enchanteur ni produk dia bagus. Walaupun ia dijual di farmasi je kan. Mudah untuk kita beli.

    ReplyDelete
  7. Kinah suka enchanteur ni. Bau dia kekal wangi. Setiap malam sebelum tido mesti sapu sikit.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!