Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

5:14:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard | Sekarang ni zaman ekonomi makin tenat, jadinya perlu sangat langkah untuk berjimat. Dengan inisiatif itu, Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dengan kerjasama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah membina Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program ini menerima surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan NegaraKu merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.


Menurut Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin, melalui kerjasama dan perlantikan ekslusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

Visi mereka ialah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi seiring dengan visi kelab mereka dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.


Program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil, tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

"Ciri baharu ini juga akan membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain. Ini bermakna pengerahan bantuan perkongsian akan lebih cepat ketika kecemasan. Kad prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu ini" jelas Dato' Chew Chee Seng; Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MPay NegaraKu, sila layari laman web www.kadnegaraku.com.my

You Might Also Like

4 comments:

  1. Wow! Menarik Mpay ni..... Mesti banyak kelebihan dari penggunaan kad ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr² banyak promosi, penjimatan yg boleh dapat...kena cuba sendiri laa..hehe

      Delete
  2. Cadang nak apply juga kad ini. Teringin nak aktif bersama badan NGO yang aktif dan prihatin dengan permasalahan ahlinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita boleh guna apps dulu buat sementara...mana tauu sesuai..

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!