Monday, December 18, 2017

"Eh..Sally dah kurus la..!"


Sejak-sejak balik daripada Korea, statement seperti dalam tajuk tu sering sangat Sally dengar..Walhal Sally sendiri tak merasakan Sally kurus...Bayangkan Seketul Sally ni sejak daripada umur 2 tahun memang badan naik, tak pernah turun weh..hari-hari naik dan naik dan naik sehingga ke akhirnya..hahaha..

Jujurnya, tinggal kat Korea bukan satu benda yang mudah..Mungkin ada yang cakap seronoknya tinggal kat sana...Sally tak nafikan..tinggal di negara orang memang seronok, tapi kalau kita datang sebagai pelancong...hahaha..kalau korang datang sebagai tour guide yang bawak orang berjalan dan kunjungi tempat yang sama hampir 10 kali dalam sebulan...Korang takkan rasa nikmat tinggal kat luar negara tuu..


Disebabkan ramai yang cakap Sally nampak kurus, jadinya Sally pun timbang berat..Sally dah lama tak timbang berat tapi kali terakhir tu sebelum ke Korea laa..Ingatkan lepas puasa kurus kan..tu yang confident pergi timbang tu...

Masa kat sana pun Sally rasa la badan agak ringan, tapi sebabkan ingat sebab Sally kerap naik tangga kat Subway (kalau korang pernah g Seoul, sure tau macam mana)...Sally even boleh pakai baju yang Sally salah bawak..hahaha..tapi masih lagi Sally tak nampak "kurus" tu kat mana..sebab lengan besar, peha besar, perut masih ber"layer" lagi..hahaha..tapi..lepas 22 hari Sally balik ke Malaysia, Sally timbang jugak berat...honestly terkejut, sebab Sally lost almost 15KG! 15KG!!

Yang Sally perasan, sekarang ni lepas badan ringan sikit..kurang lelah bila jalan kaki ataupun naik tangga...dulu kalau g rumah kakak Sally yang tingkat 4 takde lif tuu, baru 2 tingkat je dah mengah..tapi kelmarin pi rumah dia, laju je jalan tanpa sedar dah sampai tingkat 4!

Bukan nak membangga diri, tapi baru la Sally faham kenapa orang selalu cakap kat Sally suruh kurangkan berat badan..Selain daripada nak cantik, kurangkan berat boleh jadikan kita sihat dan elakkan daripada penyakit serangkai yang kerap kali kena dengan rata-rata rakyat Malaysia. So, apa yang Sally nak cakap...

"Iyeee...Kak Sally korang dah lost 15kg dalam 4 bulan! Yeay!"

9 comments:

  1. so..petua dia kalau nak lose weight kena pindah luar negara.hehe. yup betul Sally memang nampak dah kurus. Tahniah!Teruskan ye..moga makin sihat dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah dan duduk lama..hahaha..kan..alhamdulillah.. Semoga lebih baik lepas ni

      Delete
  2. Betul laaa, nampak kurus. 15kg turun. Saya kasi 5 wowww! Kipadad kak sally ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena buat² tak tauu baru turun..kalau struggle mmg x jalan..kahkahkah

      Delete
  3. Tahniah kak Sally! Dah turun berat sikit. Saya pun tengah berusaha nak turunkan berat badan juga.

    ReplyDelete
  4. Wow banyaknya turun berat! Tapi mmng nampakla perubahan dia, good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x perasan takpe...kalau tak payah oii..thank you!

      Delete
  5. Seronoknyaaa dah kurus. Akak nk setahun dah diet tapi tak kurus2 juga hahaha

    yanmieonline.com

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!