Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF anjuran PPZ-MAIWP


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF anjuran PPZ-MAIWP | Bagi mendekatkan lagi netizen dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan pelbagai jenis aktiviti bagi menarik minat masyarakat Malaysia khususnya untuk sentiasa dan menerima laporan terkini tentang semua aktiviti yang dijalankan oleh mereka.


Terbaru ni, Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF anjuran PPZ-MAIWP telah diadakan. Kalau korang nak tau, pertandingan ni telah berlangsung bermula 15hb Ogos sehingga 30hb September yang lepas. Pertandingan ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun keatas, dan yang bestnya, hanya perlu mencipta video kreatif menggunakan telefon pintar yang berdurasi 3 minit. Pemilihan pemenang telah dipilih berdasarkan jumlah Like & Share yang paling banyak dan hadiah ditaja oleh Coudre Kuala Lumpur.


Sebanyak 50 penyertaan telah diterima kerana hadiahnya memang menarik...mana taknya wang tunai yang menjadi ganjaran..lagipun, hadiah saguhati pun ada tau...bukan calang-calang amaun yang diberikan..Selain daripada tu, terdapat satu kategori istimewa iaitu Anugerah Pilihan Ramai. Jadi jangan lupa follow Facebook Pusat Pungutan Zakat bagi mengikuti perkembangan, aktiviti dan pertandingan yang bakal dianjurkan selepas ini. Jangan cakap Sally tak bagi tau ye!

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF:


Tempat pertama RM2000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan
Tempat kedua RM1500 : Syahidah binti Baharudin
Tempat ketiga RM1000 : Nurhidayah binti Atmin
Anugerah pilihan ramai RM1000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan
Saguhati RM500 x 9 pemenang :
→ NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN
→ MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM
→ MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN
→ MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ
→ NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI
→ NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI
→ ANIS ASYIKIN BIN ALIAS
→ MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI
→ MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID


Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke :
Website :www.zakat.com.my
Facebook Page : www.facebook.com/myzakat
Youtube :www.youtube.com/ppztv

Post a Comment

1 Comments

  1. tahniah kepada semua pemenang !!!! Bestnya hadiah ribu ribu weiiii

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!