Thursday, August 24, 2017

Diari Korea | How's life in Korea Sally?


Semenjak Sally sampai kat Korea...Sally kurang masa nak update blog...sebab busy dengan trips dan yang paling busy sekali mestilah sebab Sally nak teroka Korea ni sendiri...Few days back ada Sally tanya kat Facebook, apa yang korang nak Sally update pasal Korea sementara Sally ada kat sini...jadinya ada beberapa jawapan yang Sally dapat...antaranya budaya orang tempatan, makanan, reality vs drama dan regim kecantikkan orang Korea.

Sally pulak rasa terbeban nak buat research untuk tulis...jadinya Sally just akan tulis atas pemerhatian Sally jela...Culture is so wide, so I won’t be able to write about that first...hahaha...So, Sally cuma akan cerita pengalaman Sally ada kat satu kawasan di daerah Gyeonggi-do; Hwaseong. Hwaseong merupakan sebuah kawasan perumahan dan perindustrian...yang terletak hampir 50km daripada Seoul..dekat area sini ada banyak gudang...walaupun macam agak terpencil, tapi actually Hwaseong ni ada beberapa tarikan pelancong jugak...antaranya Hwaseong Fortress.

Orang-orang kat sini semuanya baik-baik...agak susah nak jumpa orang muda kat sini...mungkin kebanyakkan mereka kerja kat bandar...kat sini ada ramai ahjusshi & ahjumma yang sangat baik dan ramah...ada sebuah restoran yang jual buffet makanan tengahari dan malam, kadang-kadang Sally makan kat situ...sebab all-you can eat buffet dia just berharga KRW 6,000..Macam RM6 kita la kat Malaysia...tapi kalau convert KRW 6,000 tu nak dekat RM24 jugak la...tapi kat Korea, KRW 6,000 untuk sekali makan tu dah mmg murah sangat dah!

Ahjumma (kami address dia sebagai Ommoni – makcik; tapi umpama makcik kandung kalau di Korea) selalu risau kalau dia masak babi masa kami datang...sebab dia tau yang kami tak makan babi, ayam, daging dan sebagainya...salah satu sebabnya tak sembelih dan babi tu dah kita ketahui sedia haram untuk umat Islam. Jangan salah sangka kenapa Sally masuk ke kedai ni walaupun dah tau dia masak babi...satunya kekangan sebab takde restoran halal yang boleh kami pergi dan masa ni stok makanan kami pun dah hbs..jadinya bila kami nak datang...selalunya kami akan mintak ommoni masakkan ikan atau seafood sebagai lauk utama..yang lain tu terpaksa la pejamkan mata..jangan risau, my survival skill is good..hehe


Anak perempuan Ommoni pun baik...dia selalu keluarkan lauk extra letak atas meja bila kami datang..walaupun lauk tu tak ada kat atas meja buffet..Kadang sup, kadang sayur, kadang buah...huwaaa...Rindu pulak sebab tak dapat jumpa dia dah lepas ni..(T-T)

Pakcik-pakcik kat sini pun jenis yang suka menegur...even my Hangul knowledge is so basic, kadang-kadang tu rasa happy jugak la bila kita faham dan boleh balas sikit-sikit apa yang dorang tanya...FYI, they are not like people in Seoul who are basically knows English..eventhough it was a simple English. Dorang selalu senyum, bagi gula-gula...kadang-kadang tak dapat nak elak bila dia pegang bahu..tapi anggap jela macam ayah-ayah kita..bila nampak kami nak g makan, selalunya dia akan jerit “masissge deuseyo” atau “mani mogo”...macam enjoy your meal laa..dorang mmg friendly gila.

On 15th Aug, kalau tak silap Sally, merupakan Korean Liberation Day...so, masa duduk-duduk relax kat meja...Sally saje tulis “I’m so hungry, let’s get something to eat!” dalam Hangul..Saje nak enhance my Hangul writing...dan kebetulan mmg tgh lapar masa tuu..dan niatnya nak bg kat kawan Sally baca sebab nak ajak dia pergi makan...tak sangka ada orang secretly baca kat belakang Sally dan datang dengan satu cawan coklat letak atas meja...yang tak boleh tahan tu sebab slowly je dia bisik, “Nuna..Chocolate..” sambil letak coklat atas meja...hahaha...awww...uri namdongsaeng is so sweet!


Satu yang Sally perasan, orang Korea akan mudah kita berkawan dan mudah rapat dengan kita bila kita boleh bercakap dalam bahasa dia...even as simple as cakap hai atau terima kasih...benda tu membuatkan mereka rasa macam kita nak cuba rapat dengan mereka dengan belajar menggunakan bahasa mereka...jadinya, yang mana yang mimpi nak kahwin dengan orang Korea tu...please make sure you know basic Hangul okay? Advance is better!

Sally pun sebenarnya takde la fasih sangat Hangul...tapi lepas sebulan ada kat Korea ni rasa macam bercakap dalam Hangul tu merupakan satu kemestian sebab kita minority kat sini...dorang takkan nak belajar bahasa kita, jadinya kita yang kena “fit-in” dengan kehidupan mereka. Kadang tu terlepas jugak bahasa melayu bila dah tak faham sangat..hahahaha..

On the other notes, drinking habit dorang mmg sangat teruk...selalunya kalau kami keluar balik malam or agak lewat...mmg ramai dah lelaki yang tgh lepak minum arak kat kedai-kedai yang berdekatan..bila dorang dah mabuk...mmg teruk jugak laa...ada yang boleh kawal, ada yang tak boleh kawal..yang lagi kelakar bila tak mabuk tak boleh speaking, time mabuk dia punya fluent English tu macam Harvard dah! Orang yang suka minum selalunya perut agak boroi laa...kita boleh nampak beza kaki minum dengan mereka yang kurang atau tak minum...

So, far ni jela yang Sally boleh kongsikan untuk 2 minggu Sally kat Hwaseong ni...lepas ni Sally mungkin akan ke tempat lain untuk teroka apa yang best...InsyaAllah kalau ada masa lagi lepas ni Sally akan cerita lagi pengalaman Sally kat Korea ni, ok?

16 comments:

  1. alaa..bestnya sally..nak koleya jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...meh la sini kak...Sally tunggu :D

      Delete
  2. "jadinya, yang mana yang mimpi nak kahwin dengan orang Korea tu...please make sure you know basic Hangul okay? Advance is better!"

    HAMBOIII !!!!

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHHA tergelak baca part mabuk tu. Terus fluent English! Haah, perut org yang selalu drinking selalu besar. Mungkin faktor liver dia dah nak start berubah T__T

    Teringin nak travel macam Sally ni ha, take my time... duduk kampung2 :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kan? kami yang biasa tersekat nak bercakap dengan dia pun ttbe terkejut dia cakap english, fluent pulak! rasanya masa dia sober dia tak yakin kot nak bercakap...lepas tu baru okay agaknyaaa :D

      Delete
  4. Bestnya....lama dah sally kat sana..x rindu nak balik ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...baru nak masuk 2 bulan kak...nnt Sally balik laa :D

      Delete
  5. Wah bestnya sally. Berapa lama duk sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...baru nak masuk 2 bulan... :D

      Delete
  6. wahhhh... rindu kat sally... hope semua baik-baik kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu kak mia jugak...lamanya tak jumpa kan?! InsyaAllah...doakan la sally selamat kat sini :D

      Delete
  7. Sally best nya....nak ikut.... Nak ikut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. maii laaa...Sally tunggu je akak ni..hahahaha :D

      Delete
  8. Dulu nak pergi Hwaseong tapi tak sempat nak buat research so tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun tak hbs explore Hwaseong...sbb tgu kawan akak tak keja je baru boleh g :(

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!