Lepaking di Pickle & Fig, Taman Tun Dr Ismail.

8:56:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments



Pickle & Fig, Taman Tun Dr Ismail | Sally bukan jenis kaki lepak kat kafe hipster tapi lepas tengok banyak review menarik pasal restoran ni...mmg tergerak hati la nak kesana kan..hihihi...sape yang pernah makan kat Pickle & Fig, Taman Tun Dr Ismail?

Sally baru kali pertama makan kat sini...tak sangka banyak gila variasi makanan kat sini...yang penting variasi dia banyak yang sedap dan sihat..hihihi...so, kalau korang jenis "eat-clean", kat sini mmg sesuai dengan korang...btw, thanks kat Kiple's Influencers Program (KIP) and of course Ken (owner) sebab belanja makan..kenyang sehari tau! hihi

Reversed White Mocha

Any cafe Sally pergi...Sally akan cuba variasi kopi dia...kat sini pulak ada Reversed White Mocha...bezanya pada Reversed White Mocha, ialah dia ubah kebiasaan Mocha yang kita minum...yang ni guna white chocolate instead of dark chocolate.

Honey Passion Asam Boi & Blue Healer

Butterfly Pea Latte - "Blue Latte"

Blue Latte mmg menjadi signature untuk Pickle & Fig...tak pernah lagi Sally tgk kat mana-mana ada jual latte yang berwarna biru...dan yang penting sekali mereka tak guna pewarna tambahan tau..tapi warna biru ni dapat daripada Butterfly-Pea Flower (Bunga Telang) yang selalu orang guna untuk masak NASI KERABU tuu..

Selain daripada warna yang cantik, bunga telang pun ada banyak khasiat tau...antaranya detoks, hilangkan batuk dan kurangkan stress...jadinya, kopi dengan bunga telang = cara paling bagus nak elakkan stress! :)


Sebelum mula makan, sempat la alas perut dengan churros..churros kat sini slim je tapi garing...didatangkan dengan dua jenis sos; coklat dan karamel. Sedap makan panas-panas...atau kalau rasa nak cari side dish untuk minum kopi.

All Day Breakfast - Croque Madame

Simple but delish! Croque Madame ni sesuai untuk korang yang sukakan telur, cheese...digandingkan dengan turkey ham..fuh! Mmg breakfast yang sesuai untuk hari yang panjang...tapi anytime pun boleh order..kan All Day Breakfast

FRESH SALADS

Pilihan untuk salad mmg banyak kat sini...korang boleh pilih base dan topping untuk salad korang..macam dalam gambar kat bawah ni...ada 4 jenis topping yang berbeza; Grilled Chicken Breast, Breaded Mushroom, Smoked Salmon dan Shishamo (ikan)

Base untuk salad pulak ada 5 jenis; Avocado & Strawberry, Roast Peppers & Feta, Ebikko & Nuts, Mango & Mint dan Classic Caesar..





SMOOTHIE BOWL

Di Pickle & Fig ni...mereka ada jual '9 grains granola with nuts' dan benda ni juga digunakan dalam smoothie bowl ni...pilihan base dia korang boleh pilih nak Strawberry & Rasberry, Dragonfruit, Avocado atau Peach & Blackberry...tapi kalau tanya Sally, I would prefer dragonfruit..hehehe..sebab Pickle & Fig guna Red Dragonfruit!


SIGNATURE PANINI/SANDWICHES

Bawah ni ada 2 jenis Hot Pressed Panini..Yang bestnya korang boleh pilih jenis roti yang korang nak dan dapat salad dengan wedges sekali! Sedap! Favorite Sally Beef Ribeye Roast & Cheese...Kalau korang peminat Philly Cheesesteak, korang mesti suka juga yang ni!



DINNER MENU (after 4pm)

Yang ni variasi terbaru kat Pickle & Fig, menu untuk makan malam...yang ni pun special sebab setiap main dish korang boleh pilih 2 side dish ikut selera korang...Sides dish : Cauliflower Rice, Salad, Sauteed Broccolli & Peppers, Sweet Potato Fries, Brown Rice and Edamame.




Sebenarnya ada banyak lagi tau makanan kat sini...korang kena cuba...

By the way, Sally nak kongsikan dengan korang pasal Kiple's Influencers Program (KIP), blogger atau mana-mana influencer yang suka mencuba pelbagai jenis makanan dan cafe hopping disekitar Klang Valley..boleh la daftar dengan Kiple untuk jadi sebahagian daripada Kiple's Influencers Program (KIP) - http://kiplepay.com/kip

Lagi satu, Kiple ni merupakan e-wallet...Korang boleh dowmload apps ni dan gunakan untuk membayar bil korang...yang bestnya Kiple ni sebab korang akan dapat balik 10% daripada total apa yang korang bayar dan 10% tu korang boleh guna untuk pembayaran yang seterusnya...Bukan setakat kedai makan, ada kedai lain; spa, gym dan macam-macam lagi laa...Jangan lupa download keyh (Kiple)

Pickle & Fig TTDI
Address: 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr. Ismail
Opening Hours: 9AM–11PM
Phone: 03-2858 9960

You Might Also Like

9 comments:

  1. Hi Sally
    Thanks for the this! You have been professional and dedicated to the assignment :)
    This is definitely a good read for the whole team.
    Thank you!

    ReplyDelete
  2. Smoothie Bowl tu sedapnyaaaa! Nanti nak terjah jugaklahh :)

    ReplyDelete
  3. ajarkan kita kip ni...dh dpt emel tp xreti la plak

    ReplyDelete
  4. Aishhh sedapnya tengok gambar makanan pagi pagi ni.ihihi

    ReplyDelete
  5. Memang nampaklah yang makanan dekat sini agak sihat :D

    ReplyDelete
  6. Croque madame tuh mengiurkan...hahaha

    ReplyDelete
  7. skarang kat sini pukul 2.40am..!! i blame sally terus rasa lapaaaar..!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!