Resepi Sizzling Mee Paling Mudah.

11:05:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments



Sizzling Mee, Sizzling Yee Mee | Duduk kat rumah ni...kepala ligat je nak buat macam-macam...Disebabkan ibu agak tak sihat harini...jadinya Sally masak la untuk berbuka...Tak sampai hati pulak nak suruh dia masak...

Jadinya Sally cuba la cari resepi ayam sebab dah 2-3 hari asyik makan ikan je..ibu pulak mmg suka makan ikan..tapi kita la jadi jemu kan..hihihi...kebetulan terjumpa resepi masak sizzling mee...kebetulan semua bahan mmg dah ada...kecuali yee mee dengan sayur sawi...Sally pun tak berapa suka makan yee mee, kalau makan Sizzling kat food court pun selalunya Sally akan request mee instead of yee mee..


Bahan-bahan untuk kuah Sizzling:
(Semua bahan takde sukatan tau...Sally ikut tekak sendiri je..jadinya korang pun sama kena olah)

1. Bawang Putih (Tumbuk/Cincang)
2. Halia (Hiris lebar)
3. Cili Kering
4. Ayam (Potong kecil, prefer bahagian yang bertulang)
5. Kicap Manis
6. Sos Tiram
7. Tepung jagung (Untuk pekatkan kuah)
8. Cendawan Shitake
9. Sayur sawi/kubis (Celur)
10. Garam & Gula (Secukup rasa)
11. Kiub pati ayam (optional)
12. Mee kuning / Yee Mee / Spaghetti

Cara-cara nak masak:
1. Tumis bawang putih, halia, cili kering...sampai agak garing sikit.
2. Masukkan ayam, kicap manis, sos tiram, kiub pati ayam dan air...bagi sampai agak mendidih...masukkan cendawan shitake dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Dah siap kuah!


Chop!
Masih belum siap lagi...tak sizzling la kalau tak sizzlessss kan dia...
Jadinya, korang kena guna non stick pan...tapi kena buat satu-satu portion tau..pastikan  guna api yang kuat tau..letakkan mee, kuah dan telur...agak-agak dah didih macam dalam gambar tu...tutup api dan tukar dalam mangkuk yang sesuai..dan letak sayur sawi atas tuu..


Tadaaa...yang ni yang dah siap..Harini Sally buat Sizzling Mee mcm yg kat food court tuu..tapi versi derhaka sikit sbb takde sayur sawi so ganti dengan shredded timun & mee kuning takde, ganti spaghetti je..tapi still sedap laa...yang penting sekali...kena makan panas-panas tau...kalau tak kang muak sikit..hihihi..

Selamat mencuba!

You Might Also Like

6 comments:

  1. derhaka sket takpeee awak.. sedap je nampak tu.. nanti raya buatkan please nak request hehe..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pun dah terliur.
    Selammat hai raya.

    ReplyDelete
  3. mak aihh menggodanyaaa. lama dah tak makan Sizzling mee. dulu kalau lepas sekolah lepak Ampang Point, mesti makan kat situ lepas tu request mushroom bebanyak gitcheww

    ok ok boleh try lepas Raya

    ReplyDelete
  4. Sizzling Yee Mee my favorite Sally. Dari hari ke hari teringin buat sendiri tapi asyik tak cukup bahan so postpone sampai ke sudah tak cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. Okey dh amik nota resepi..hahahha..gigih x akak?

    ReplyDelete
  6. Nak yg dah siap masak je aci tak..hihi

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!