Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah dan Sedap Gila!

9:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments



Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah | Sesejak duduk rumah ni...yang tau nak buat masak aje laa...Sally mmg tak suka mengemas rumah..hahahaha..jadinya kawtim dengan ibu, Sally masak..ibu kemas rumah..jyeah!

So, meh sally nak bagi resepi yang senang, mudah dan yg akan menjadikan korang tak buat ialah sifat malas je..hahaha...Kamon! Sally yang malas ni pun...main campak-campak je dah siap...kalau korang rajin mesti outcome dia lebih baik!

Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah
5 keping roti
1 tin susu cair (375 ml) (which I prefer pakai jenama Carnation/Ideal)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter (Nak sapu kat roti boleh atau just kacau dengan telur dan masuk sekali)
Sedikit kismis

Cara dia mudah je...
Firstly, campurkan susu, telur, gula dan esen vanila tu..kacau la sampai agak-agak sebati...kalau gula tak hancur pun takpe sebab nanti dia nak kukus cair jugak...Pastu, atur roti tu..sapu butter sikit biar ada rasa lemak-lemak, siram la adunan tadi tu kat atas roti yg disusun bagi dia tenggelam...then tabur la kismis ikut berapa banyak yang korang suka...dan kukus selama 25 - 30 minit (ikut saiz loyang)...kalau nak tau dah masak ke belum, cara sama macam buat kek, cucuk kalau takde yang melekat means dah masak laa...

Senang je kan? Kalau korang mencari menu nak buat minum petang ke nak buat berbuka puasa ke dan sebagainya...boleh la cuba menu Resepi Puding Roti Yang Paling Mudah ni...Gerenti sedap!

You Might Also Like

6 comments:

  1. hamboi..dah blh jd chef ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Ini adalah kegemaran! Tak sabar nak rasa dekat PICC malam ni. Situ punya pun sedap!

    ReplyDelete
  3. My favorite ni.. Hihihi.. Beli yg kat cafe tawar.. Kena buat sendiri gak baru sedap

    ReplyDelete
  4. sejenis kelemahan bila tengok puding2 roti ni.. awat menggoda sangat !!

    ReplyDelete
  5. Mksu kite rjin buat niee..seyes sedap2

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!