Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak hanya RM49.90!

3:56:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments



Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak hanya RM49.90! | Restoran Nelayan Gombak dahulunya dikenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa / Restoran Terapung Titiwangsa kembali dengan buffet Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya..Kali ni dengan lebih pilihan menu dan pastinya dengan harga yang lebih kurang berbanding tahun lepas, dengan tema "Menu Warisan Sajian Kita".

Menu masakan kampung diantara menu yang menjadi tarikan dan tahun ini sahaja ada lebih 15 jenis menu masakan kampung bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Selain daripada tu...pilihan aneka menu kerabu turut melengkapkan menu masakan kampung di Restoran Nelayan Gombak.


Daging Salai Masak Lemak Cili Padi ni merupakan menu yang menjadi pilihan Sally...Sally mmg suka daging dan mmg suka Masak Lemak Cili Padi.


Selain daripada Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Daging Gulai Kawah Tanjung juga sangat menarik perhatian umum. Rasa Gulai Kawah Tanjung ni berbeza dengan rasa Gulai Kawah daripada Kelantan...Kiranya memang kena benarlah dengan tekak Sally...dan rempah mereka menggunakan rempah yang asli dan bermutu tinggi yang dikenali sebagai Rempah Tanjung. Rasanya mmg rempah memainkan peranan yang penting kan?


Selain daripada tu, Restoran Nelayan Gombak juga turut menyediakan sajian steamboat dan grill yang menjadi "signature" mereka sejak sekian lama...Ada kambing, ayam, daging dengan 4 jenis perapan istimewa.



Menu sampingan di "Noodle Selection" menyediakan Nyonya Kari Laksa, Mee & Kuey Teow Sup serta sup kaki ayam dan sup sayur dan bermacam-macam kuih tradisi melayu, keropok, kurma, rojak buah, bubur pulut hitam, bubur kacang, dan buah-buahan.

Selain daripada menu yang pelbagai, Restoran Nelayan Gombak juga turut menyediakan pelbagai jenis air kordial, dan yang best ada Teh Tarik dengan Cendol! Hahahaha...dan ada 2 jenis air yang spesial, "Mojitos Sparkling" & "Love Passion Soursop" tapi yang ni kena bayar berasingan tau...Selain daripada air, ada juga pelbagai jenis aiskrim...boleh makan sampai kembung! hihi



Haaa...yang berwarna warni ni merupakan Roti Jala Magic yang menggunakan tepung spesial yang dikenali sebagai Magic Flour. Apa yang magic nya pasal tepung ni...selain daripada untuk membuat roti jala, tepung ni juga sesuai untuk membuat kek , pancakes dan sebagainya..yang penting kalau tak tahu buat kek pun mesti jadi..haaa...itulah ajaib dia!

Semua menu ni ditawarpan pada harga RM49.90 untuk dewasa dan ada potongan 50% kepada kanak-kanak diantara 5-11 tahun dan warga emas yang berumur 61 tahun keatas, manakala untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun adalah percuma.

Restoran Nelayan Gombak menyediakan surau untuk kegunaan umum dan ruang solat untuk solat terawih yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa..dan kalau korang mencari produk-produk daripada usahawan-usahawan IKS dan PKS, Restoran Nelayan Gombak ada meyediakan satu ruang khas untuk barang-barang mereka.

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara, Kuala Lumpur.
(berdekatan dengan BMI UniKL dan UIA Gombak)

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh call atau WhatsApp:
03 6185 8400 | 013 223 7228 | 013 296 7228 | 019 293 1397

Email: nelayangombak@gmail.com
Instagram: @restorannelayangombak
Facebook: Restoran Nelayan Gombak

You Might Also Like

3 comments:

  1. ok eh cuma RM 50 je, biasanya buffet2 macamni mesti dekat 70-100

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.......... murah plak tu,... nak try la nnt.... sgt affordable! =)

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semuanya dan murahnya harga buffet mcm tue

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!