Rangkaian Penjagaan Kulit Terbaru; SAFI BALQIS OxyWhite.


Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.


SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.

Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite. Beliau terpilih kerana memiliki raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai wajah bagi SAFI BALQIS OxyWhite.


Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


Rangkaian Penjagaan Kulit Terbaru SAFI BALQIS OxyWhite terdiri daripada:
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)
1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)
1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
2) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
3) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI; @safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Post a Comment

7 Comments

  1. Dulu pernah pakai produk safi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sally...wah !! semakin bertambah produk balqis ni...terbaikkk...:)

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Siqah tak boleh pakai Safi. Kulit naik jerawat banyak.. Tak sesuai rasanya. Siqah pakai Safi Rania Gold dulu.

    ReplyDelete
  4. slalu kalo nak travel bawak Safi.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Wow! Safi skrang dah buat banyak produk

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!