Penjagaan kulit muka yang sensitif dengan Eau Thermale Avène


Bercakap pasal kulit muka ni, wanita khususnya memang sedikit sensitif...tapi macam mana pula kalau kulit wajah kita yang sensitif..? Pernah tak rasa macam kulit tu pedih bila terkena panas atau pernah tak wajah berubah kemerahan akibat kulit yang sensitif..?

Di Malaysia ni, kita terdedah kepada haba dan juga pencemaran yang rata-ratanya membuatkan wajah nampak kusam dan tidak bermaya...Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, masalah ini mungkin menyebabkan kulit muka mereka semakin rosak dan tidak bermaya...


Tapi jangan risau, sebabnya kan ada Eau Thermale Avène, satu jenama produk antarabangsa yang telah lama bertapak dalam dunia penjagaan kulit muka dan mmg terkenal sebagai produk yang mempunyai standard kualiti yang tersendiri dalam setiap penghasilan rangkaian mereka.

Tak susah pun nak jaga kulit wajah kita, haaa...ni Sally nak kongsi dengan korang...dengan hanya 5 langkah je dah boleh dapat kulit muka yang sihat!

Langkah 1: Cleanse - Eau ThermaleAvène Gentle Cleansing Foam 150ml
Langkah 2: Soothe - Eau ThermaleAvène Thermal Spring Water (Available in 50ml, 150ml & 300ml)
Langkah 3: Tone - Eau ThermaleAvène Gentle Toner 200ml
Langkah 4: Moisture - Eau ThermaleAvène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml
Langkah 5: Protect - Eau Thermale Avène Day Protector SPF30 Tinted 40ml


Avene Hydrotherapy Centre mempunyai reputasi antarabangsa khusus untuk dermatologi dan rawatan keadaan kulit seperti atopic dermatitis, eczema, psoriasis, parut dan luka bakar, selepas kanser, lchtyosis dan juga tempat Water Research Water Centre sentiasa mengawal dan mengawasi kesucian dan kualiti Avene Thermal Spring Water.

Paling memberangsangkan selama 2 minggu pengunaan rangkaian produk ini, macam-macam perubahan kita boleh tengok....salah satunya pori terbuka dan kulit boleh bernafas dengan baik...takde rasa gatal, pedih ke atau masalah kulit yang lain.


Harga bagi rangkaian Eau Thermale Avène di Malaysia:
1. Eau Thermale Avène Gentle Cleansing Foam 150ml (Harga : RM95)
2. Eau Thermale Avène Thermal Spring Water 50ml,150ml and 200ml (Harga : RM25, RM49 dan RM69)
3. Eau Thermale Avène Gentle Toner 200ml (Harga : RM89)
4. Eau Thermale Avène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml (Harga : RM109)
5. Eau ThermaleAvène Day Protector Tinted SPF30 40ml ( Harga : RM99)

Rangkaian Eau Thermale Avène juga ada krim penjagaan dari sinaran UVA dan UVB. Maklumlah cuaca panas di Malaysia ini memerlukan penjagaan kulit yang betul dari sinaran matahari. Ianya telah terbukit berkesan walaupun di dalam air mahupun masa kita berpeluh. Produk ni terbukti mampu menghidrat menenangkan kerengsaan kulit...Sally dah cuba dan memang terasa ada perbezaan..Lagi-lagi sekarang ni kan musim hujan-panas-hujan, mmg rasa muka tu kurang radang...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh la layari www.eau-thermale-avene.my

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!