Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan, Tengkera

6:31:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Sally rasa ramai dah dengar dah tau pasal mee ni...jangan terkejut kenapa ekstrem sangat nama mee ni...Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan ni Sally cuba masa ke Melaka dulu...kedai dia warung je tapi mmg ramai betul orang nak cuba mee ni...Mmg tak dinafikan benda viral mmg ramai yang mencarinya!


Mee goreng ni dipanggil mee bodoh sebab ianya datang tanpa rencah...maksudnya mee ni digoreng kosong je tanpa rencah macam ayam ke udang ke sotong ke..mmg takde langsung...mmg totally mee dan taugeh sedikit...tapi yang membuatkan mee ni sedap sebab lauk lain yang ditambah sekali...macam yang korang nampak...ade timun, sambal dan telur mata kerbau...yang special tu sebab telur tu digoreng menggunakan minyak yang diambil daripada sambal tuu..campur semua sekali, letak kicap, letak cuka sikit...perghhh...mmg marvelous la makan!


Nak makan kat sini korang kena awal tau sebab selalunya kedai ni kejap je dah habis dan kena tabah sikit la sebab korang kena tunggu meja baru boleh makan...cara nak makan kat sini pun tak susah...kalau korang just nak makan mee je tanpa rencah telur goreng tu...korang duduk je dan pelayan dia akan datang hantar mee tu dekat korang...dan kalau nak telur, just beratur je dan amik telur tuu...senang je kan?


Haaa...yang ni pulak kicap dan cuka Melaka...mmg dibuat khas di Melaka...sambil makan mee tu kalau rasa nak ummmphh sikit...boleh tambah kicap dan cuka ni sikit...tapi kalau perut korang agak-agak tak kuat...skip la cuka tu...Kedai ni bukak pagi je tau...hahaha!


Harga dia murah je...kalau tak silap Sally dalam RM2.00 je dah boleh makan menu breakfast macam ni...sedap dan murah...tapi kalau korang jenis menjaga kesihatan...Sally sarankan korang makan mee ni dan lepas tu jangan makan setahun...hahahaha...sebab minyak dia mmg sangat banyak..hehehe...

Kalau korang nak cuba menu lain, Sally suggest korang cuba makan nasi lemak dorang jugak...itu sedap jugak...dan iye laa...mmg nasi lemak pun tak sihat...hahahaha...So, kalau korang ada kat area Melaka atau Tengkera...boleh la cuba tau...korang ada yang pernah cuba makan Mee Bodoh ni?

Kedai Mee Goreng Hassan
Jalan Tengkera (berdekatan dengan Methodist Girl School)
GPS Coordinates: N2 12.183 E102 14.097
Masa operasi: 8 pagi sampai habis (Jumaat tutup)


You Might Also Like

10 comments:

  1. terliur tgk nih..jauh nau plak nak g makan pon. hehe

    ReplyDelete
  2. ohhh.. dekat Tengkera pun ade ea.. penah makan kat BB.. punya lah ramai orang

    ReplyDelete
  3. Adoi la nama dia ni. Hehe. Tp tgk cm dap jeee.

    ReplyDelete
  4. nama tak blh blah. first time pulak dgr hihihi.

    ReplyDelete
  5. wah....bgus ni.takde bhn perisa tambahan lain.murah...

    ReplyDelete
  6. wahhh nampak sedap pulak bila up gambar mee goreng tu

    ReplyDelete
  7. Selalu baca orang cerita pasal mee ni tapi tak sempat nak merasa lagi. Heheh.

    ReplyDelete
  8. kemain nama dia mee bodoh hehehe..

    ReplyDelete
  9. Nak ke sana boleh la singgah ke homestay saya..hanya 10min je ke sana

    Taip Iriz Homestay klebang

    www.wasap.my/60106111150

    ReplyDelete
  10. Dah kat melaka ni,payah rasa nak pegi sana..bila balik johor teringat2

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!