Sinopsis Drama Korea, Saimdang.

2:35:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments



Sinopsis Drama Korea, Saimdang.

Saimdang mengisahkan kisah cinta yang berkisar kepada kehidupan tokoh bersejarah Korea – Shin Saimdang. Saimdang berlatarbelakangkan era zaman Joseon dan zaman moden. Ia mendedahkan kehidupan seorang wanita Korea abad ke-16.

Dengan pengkisahan yang cukup menarik, Lee Young-ae memegang watak utama sebagai wanita tradisional; Shin Saimdang dan watak wanita moden era terkini sebagai - Seo Jiyun, seorang pensyarah sambilan di sebuah universiti.

Kisah drama bermula dengan Seo Jiyun menemui senaskhah diari milik Shin Saimdang di Itali, dan berkembang dengan usahanya ingin membongkar misteri sebuah lukisan yang dijumpai di dalam diari tersebut. Apa yang akan terjadi lepas tu, dan bagaimana dia boleh merentas masa dua dunia untuk menyelesaikan misteri yang ada...itu korang kena la tengok sendiri tau.

Song Seung-heon akan memegang watak Lee Gyeom, iaitu pasangan cinta Shin Saimdang. Drama ni akan menyusuri kisah fakta dan fiksyen kerana watak ini akan berjalan dalam dunia yang berbeza.

Pastikan korang menonton tayangan sulung episod berganda Saimdang, yang siarannya serentak dengan waktu siaran di Korea pada 26 Januari 2017 (Khamis) pada pukul 9.00 malam eksklusif menerusi Oh!K (Saluran Astro 394). Episod baru akan disiarkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.

You Might Also Like

7 comments:

  1. Ini antara drama yg zety xsabar nk tgok

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best tau Zety, Sally dah tgk dah episod awal dia..hehehe :D

      Delete
  2. Seriously tak sabar sebab tengok heroin dia berlakon dalam Jewel In The Palace. Dia cantik sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...macam takde dimamah usia langsung!

      Delete
  3. Last tengok dia berlakon time Jewel in the Palace, tu pun lakonan dah mantap gler..memang duk tunggu2 dah nak tengok cter ni, antara list drama yang kena tengok untuk 2k17..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun tu drama last dia...dah 13 tahun dah takde lakonan yg baru..hihihi...tu laa...Dayah kena tgk tau! mmg tak menghampakan!

      Delete
  4. Dah tengok. Memang best. Tak sabar tunggu minggu depan pulak

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!