Kafe Vietnam Express, Berjaya Times Square

11:30:00 AM Sally Samsaiman 13 Comments


Kafe Vietnam Express, Berjaya Times Square | Daripada Korea, beralih pulak ke Vietnam sekejap..hahaha...Sebenarnya takde la plan nak makan kat kedai ni...tapi kebetulan masa tu perut dah lapar...Cadangnya nak makan kat Boat Noodle, tapi penuh pulak...siap beratur bukan main panjang lagi...jadinya daripada nak buang masa kat situ...baik makan je kat kedai lain...


Kafe ni menyediakan makanan dan resepi asli makanan daripada negara Vietnam...Disebabkan tetiba rindu nak minum kopi ais Vietnam, jadinya masuk jugak walaupun tak tau nak makan apa...Harga makanan kat sini standard laa...tidak terlalu mahal tapi tak jugak murah...sedang-sedang je...


Pho Bo

Makanan Vietnam pertama yang Sally pernah cuba, Pho Bo...Jadinya mmg dah biasa la makan menu ni je setiap masa...Pho Bo ni merupakan kuey teow sup...sup nya pulak selalunya berasaskan daging...So, akan ada meatball dan juga hirisan daging lembu dalam sup tuu...sedap bagi mereka yang sukakan rasa daging yang kuat...tapi Sally prefer lagi Pho Bo kat Secret Recipe..hahaha

Goi Cuon Tom

Goi Cuon Tom ni Sally jugak yang order...Sebabnya macam teringat kat menu ni...dah lama tak makan...Goi Cuon Tom ni sejenis popiah yang intinya lebih kepada sayuran, suhun dan jugak makanan laut seperti udang atau pun ayam...dan akan dihidangkan dengan sos.

Bun Bo Hue

Bun Bo Hue ni rasa dia lebih kurang sama macam laksa...pedas, masam...Masih jugak gunakan daging sebagai perasa utama...tapi ada jugak hirisan chicken meat loaf...Mee dia pulak menggunakan spaghetti.

Bho Kho

Menu terakhir ni di order oleh kawan Sally, Bho Kho...Rasa menu ni ada iras macam mee dalam sup tulang...tapi mee dia bukan guna mee kuning, tapi guna mee macam mee segera tuuu...sedap jugak sebab rasa daging dia mmg kaw!


Sebenarnya ada banyak lagi jenis makanan kat sini...disebabkan ini bukannya food review, tapi lebih kepada perkongsian Sally pasal tempat makan kat Kuala Lumpur ni...jadinya, ini jela menu yang sempat nak kongsi dengan korang...

Jangan lupa cuba kopi ais (Cafe Sua Da) dia tauuu...mmg kaw dan sama macam kat Vietnam!

Kafe Vietnam Express
02-49-08, Second Floor, Berjaya Times Square
Kuala Lumpur, Malaysia
018-260 8773
timessquare@kafevietnam.com
www.kafevietnam.com

You Might Also Like

13 comments:

  1. Go cuon tu kakak panggil spring roll transparent Sally
    Kakak suka ni - sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally panggil popiah Vietnam je kak :P

      Delete
  2. Eh... lupa pulak
    Semoga 2017 ini memberi lebih kebaikan buat kita semua ye Sally:)

    ReplyDelete
  3. Terus jadi terliur tengok food dia...huhuhu mengidam nak kopi vietnam pun iye gak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa...Sally pun sebab teringat kopi je masuk dalam ni..hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Sepantas kilat kak pi sana...jangan lambat sangat! hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau rajin, boleh buat sendiri...ade je jual rasanya kulit dia..huhu

      Delete
  6. rindunya mknn vietnam esp pho bo tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally pulak jarang makan makanan Vietnam ni..hihi

      Delete
  7. Ya allah terimabu kenangab di vietnam.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!