Masak-masak dengan Nestle Maggi & Tefal x Lazada.

7:31:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Minggu lepas...huhuhu...dah lama dah benda berlaku tapi tak sempat nak cerita sbb sibuk sangat..hihihi...kalau korang nak tau, Sally masuk pertandingan memasak weh! Hahaha...Lama gila rasanya tak masuk mana-mana peraduan atau pertandingan...tapi bila dapat jemputan daripada InvolveAsia, terus la Sally join.



Lazada x Nestle Maggi & Tefal Workshop

Sally ajak Syifa' Azhar teman sekali masa tu...jadinya Sally dan dia satu kumpulan dengan 3 orang blogger yang lain termasuk Wendy Pua, Suki dengan Denise...Sebelum memasak, Chef Muluk; chef yang terkenal di Malaysia dan juga salah seorang chef bagi Nestle telah membuat demo masakan menggunakan barang-barang daripada Nestle Maggi dan juga Tefal.



Chef masak dua jenis makanan, Seafood Paella dengan Cajun Chicken Oatmee Salad...Paella ni lebih kurang macam Risotto jugak cuma ada sedikit beza daripada segi tekstur dan cara masakan...dan Cajun Chicken Oatmee Salad tu menggunakan produk terbaru Nestle Maggi, Oatmee..



Lepas je selesai demo masakan daripada Chef Muluk, kami diberikan tugasan masing-masing...ada 5 kumpulan yang bertanding dan setiap pasukan ada 5 orang peserta...Setiap kumpulan dapat Kotak Misteri yang berlainan dan kebetulan kumpulan Sally dapat menu yang agak mudah...Antara bahan-bahan yang perlu kami gunakan; ayam, daun kari, serbuk kari, bawang dan halia yang di kisar, minyak masak dan labu! Kalau ikut rasionalnya mmg kena masak kari la kan...tapi kami tak buat!

Kami perlu sediakan satu jenis masakan yang berunsurkan protein dan satu lagi sayuran...Protein bagi kumpulan Sally tu ayam laa dan labu tu sayuran...mmg pening kepala nak masak...Bayangkan la ada masa 45 minit je nak masak...Sally pun main masak jela..



Menu yang menjadi pilihan kami...ayam yang dimasak dengan oatmee dan juga ayam goreng sos masam manis, untuk labu tu Sally masak sup labu dengan sayur campur...



Hehehe...dan cuba teka siapa yang menang?



Yeay!

Kumpulan Sally yang jadi pemenangnya...dan dapat hadiah daripada Tefal dan jugak hamper daripada Nestle Maggi dan voucher membeli belah drpd Lazada! Balik rumah, ibu terus senyum je sebab dapat stok makanan sebulan haa dan yang paling dia happy tgk Tefal tu la kan...hihihi...



Thank you kepada pihal InvolveAsia sebab jemput Sally dan Nestle Maggi, Tefal & Lazada sebab sponsor hadiah...Kalau korang nak tau, kedua-dua produk; Nestle Maggi & Tefal boleh didapati di Lazada...yang pastinya dengan harga yang berpatutan dan lebih banyak diskaun dan promosi!

Untuk membeli, boleh ke laman web Lazada; Nestle Maggi & Tefal.

Credit picture to www.iuzira.com

You Might Also Like

9 comments:

  1. Assalamualaikum Sally..
    Alhamdulillah, tahniah diucapkan.. wahhh memang terbukti Sally pandai masak..
    Seronok tengok hadiah tu, menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...terima kasih! Takde laa...kerjasama kawan² jugak (^o^)/

      Delete
  2. Seronoknyaa masak masak. Tahniah Sally and the gang sebab menang :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini dik sally...wahh.....main masak² dan menang...tahniah dik sally..

    ReplyDelete
  4. wahh main masak2, mcm masterchef pulak. tahniahteam kak sally!
    seronoklah mak kak sally kann hehe

    ReplyDelete
  5. Waa sally main masak-masak. Apa-apa pun tahniah ye.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya sally. busyra kalau bab makanan mmg suka! hehe

    ReplyDelete
  7. bestnya kak sally.. anyway tahniah!

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  8. wah..pandainya masak...
    lepas nie boleh kena pinang dah nie..hihihi

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!