5 SEBAB KENAPA KENA KUNJUNGI MAHA 2016!


MAHA 2016 | Rasanya ramai yang dah tau sekarang ni negara kita tengah kecoh dengan MAHA - Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA 2016) yang tengah dijalankan di MAEPS, Serdang...Jujurnya kan korang, ini baru kali pertama Sally join MAHA..hahahaha...sebab sebelum ni dimomokkan pasal jammed la ape kan...jadinya, akak malas nak g weh! Hahahaha...

Tapi tahun 2016 ni, Sally join MAHA!! (Jeng Jeng Jeng) Haha!



So, korang nak tau sebab kenapa Sally cakap MAHA 2016 sangat best?

1. MAKANAN!

Serius la kan...Malaysia dengan makanan mmg korang tak boleh nak elak, kalau tak...Malaysia takkan la orang gelarkan dengan Syurga Makanan...Selari dengan tema MAHA 2016, "OUR FOOD OUR FUTURE", daripada yang tradisional sampai makanan yang dah di'fusion'kan...semuanya ada kat sini...antara yang Sally nak jorang cuba:





Sate ni antara benda yang paling Sally nak sarankan korang cuba...daripada ikan tuna tau sate ni...kalau korang tak rasa betul-betul maybe rasa macam ayam yang lembut...tapi ini mmg recommended!


Nenas MD-2


Aiskrim Nangka


Sate Ayam Goreng


Keropok Lekor Ikan Patin Sg Pahang



Kalau korang nak tau, ada hampir 168 sajian makanan popular di Empayar Makanan dan semuanya mmg hasil daripada makanan Malaysia yang terkenal...Korang kena cuba tauuu!







Kalau korang peminat madu kelulut, boleh ke Laman Herba untuk cuba sendiri minum madu kelulut daripada sarang dia..jangan risau...lebah kelulut ni takde sengat tapi masih boleh gigit..hahaha






Rock Melon Ice-Cream!

2. LAMAN YG INFORMATIF

Sepanjang kat MAHA 2016, Sally dah jejak hampir kesemua laman yang ada...daripada LAMAN PERIKANAN, LAMAN NANAS, LAMAN SAYUR, LAMAN HERBA, LAMAN ARMADA JENTERA, LAMAN PADI dan macam-macam lagi...kat sini korang boleh pelajari macam-macam benda...selain daripada mengenal sejarah pasal setiap laman sampai la merasa semua jenis makanan yang ada...paling seronok sekali bagi orang bandar ialah mengenal benda yang tak pernah dapat kita pelajari kat bandar..kan best dapat feeling macam kat kampung!


Demonstrati buat Bedak Sejuk


Laman Nanas



3. AKTIVITI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

Bagi ibu bapa dan warga tua, ada pertunjukkan binatang, aktiviti memancing, rumah terbalik di Laman Perikanan, aktiviti kesihatan, pertandingan yang pelbagai, pertunjukkan dan demonstrasi daripada setiap sektor dan macam-macam lagi...dan ada hampir 20 seminar dan kursus pemasaran untuk melonjakkan perniagaan korang.




Laman Padi




Laman Armada Jentera


Laman Veterinar

Jangan bimbang nak bawak anak-anak atau ibu bapa kesini...sebabnya MAHA merupakan satu tempat yang ada banyak aktiviti dan pertunjukkan yang sesuai untuk semua peringkat umur...bagi anak-anak...mereka boleh ke Kampung Durian Runtuh, salah satu kawasan yang ada tarikan sebab ada UPIN DAN IPIN dan yang bagusnya sebab anak-anak boleh belajar untuk menanam pokok dan bermain dengan dunia interaktif di sana...dan nantikan juga kemunculan Erma Fatima dan selebriti lain di Kampung Mak Cun.







4. Rhythm of the Farmers #ROTF

Untuk 3 malam berturut akan ada persembahan daripada artis terkenal di Malaysia, seperti Khalifah, Projector Band, Man Bai (9 Dis) Ramli Sarip, Ebiet G Ade (10 Dis).

Konsert ni akan dibuat secara terbuka berhampiran dengan tapak "Light Sensation".



5. GERAI YANG MENJUAL SAYURAN, BUAH-BUAHAN DAN BUNGA SEGAR

Ini antara sebab Sally tak boleh bawak ibu datang sini...hahahaha..kalau dia ada, korang tau la dia akan borang semua benda terutama sekali bunga tuu...tapi Sally tak tipu eh..mmg ada 100 gerai menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga segar dan semuanya pada harga yang lebih murah daripada pasaran biasa...

Kalau korang peminat bunga, kat sini ada pelbagai jenis baka bunga yang baru dikacukkan dan buah-buahan yang jarang korang jumpa...semuanya hasil daripada penyelidikkan dan pengeluaran daripada pengusaha tempatan.







Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa korang kena datang ke MAHA 2016.

ADA 5 IPHONE 7, 5 IPAD MINI DAN 100 HAMPER kalau korang datang kesana pada hari ini (10/12) dan esok (11/12)!


Tengok la...berapa ramai orang yang dah pun berkunjung ke MAHA 2016...Mmg ramai dan rugi la kepada mereka yang berdekatan tak datang ke sini... Jangan tunggu lagi, masih berbaki 2 HARI untuk korang memeriahkan MAHA 2016!!!
So.. Korang yang berkelapangan tu, pergi lah hadir ke MAEPS Serdang pada 1 Disember hingga 11 Disember 2016 memeriahkan MAHA 2016 kali ni. Dibuka dari 10 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

Jangan risau sebab ada lebih 180 kenderaan di dalam MAEPS Serdang untuk memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon. 7,000 tempat letak kereta disediakan dalam MAEPS, 1,900 lagi di UPM dan MARDI. Untuk yang tidak mahu memandu, bas shuttle disediakan dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall.

Info lanjut : www.facebook.com/maha.gov.my

Post a Comment

5 Comments

  1. Tak sabar pula rasanya nak pergi esok... kena pg lepas subuh ni,.

    ReplyDelete
  2. MAHA 2016 memang best! Terutama kalau ada kak sally dan kak nannie :D

    http://www.neezalife.com/2016/12/maha-2016-journal.html

    ReplyDelete
  3. Salam singgah hujung minggu sini dik sally..wahh...bestnya kalau dapat pergi ke Maha 2016 ni...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!