The Joy of Life : Minuman Kolagen Sarang Burung Halal


The Joy of Life : Minuman Kolagen Sarang Burung Halal | Sarang burung dah mmg lama terkenal dengan khasiatnya...kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan sistem dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah selain daripada merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, dan menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit..

Semalam Sally sempat ke Majlis Pelancaran "The Joy of Life", minuman berasaskan sarang burung dan kolagen yang seharusnya telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM...Minuman keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd, "The Joy of Life" dihasilkan dengan gabungan sarang burung, Marine Fish Collagen, gula batu dan RO Water. Jangan risau sebabnya dalam tidak ada sebarang pewarna atau perasa tambahan yang dicampur..dan takde bahan pengawet!


Minuman ni didatangkan dengan 5 perisa yang berbeza, antaranya Original, Aloe Vera, Longan, Laici, Kurma Merah dengan Buah Goji (Wolf-berry)...Semalam Sally dapat cuba semua perasa...dan Sally suka dengan perasa Aloe Vera dan juga Kurma Merah dengan Buah Goji tu...Walaupun nampak macam biasa je tapi tambahan kolagen dan sarang burung yang membuatkan ianya lebih special berbanding minuman kesihatan yang lain...


Selalunya kalau dengar je sarang burung, mmg semua geleng kepala fikirkan harganya yang mahal...Jangan risau, walaupun datang dengan pelbagai jenis khasiat dan menggunakan barang yang terbaik, harga dia tak mahal tau...kalau korang ke 7-Eleven, dengan hanya RM6.50 (sebelum GST) je dah boleh dapat!


Kalau korang nak tau, dalam setiap botol yg berisipadu 250ml ni ada 2500mg kolagen..Haa! Kalau korang minum selalu, takde alasan la nak kata korang dah tak cantik! Semalam Sally minum 4 gelas pun dah nampak macam Park Shin Hye versi belon berisi gas helium dah...kahkahkah! Ok, gurau!

So, jangan lupa cuba tau...Buat masa ni korang boleh dapatkan di semua stor 7-Eleven yang berdekatan ataupun farmasi yang terpilih...Dalam tahun 2017, ianya akan mula dipasarkan di semua pasaraya terkemuka di Malaysia..



Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ke laman web www.thejoyoflife.my atau ke laman Facebook rasmi mereka ..

Post a Comment

8 Comments

  1. ecece kalau sy minum agaknya blh jadi mcm IU tak? tapi IU versi belon jugak xD

    ReplyDelete
  2. memang minuman sihat ni! teringin nk rasa

    ReplyDelete
  3. Wow,kat 7E pun boleh dapat. :)

    ReplyDelete
  4. Menarik ni, ini yang rasa nak pergi cari!!

    ReplyDelete
  5. Sedap rasanya especially yg lychee tu... saya suka sgt2... best.. :)

    ReplyDelete
  6. oow 7 eleven pon dah ada ea.. nak try lah nanti hihihi..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!