P.S. Tokyo Cafe 1st Anniversary Blogger Party!

4:28:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Dah 2 minggu berlalu, tapi baru ni je Sally dapat peluang nak kongsi dengan korang apa yang jadi sekitar P.S. Tokyo Cafe 1st Anniversary Blogger Party yang Sally hadiri...Masa dapat invitation tu mmg excited betul..hahahaha..Awal-awal macam pelik jugak la bila dapat invitation kan…tapi fikir sebab everything is sweet and full of desserts, jadinya marilah kita redah! Sebenarnya ini kali pertama Sally ke kafe P.S. Tokyo ni…

Masuk dalam kafe ni, mmg seronok la rasa sebab kawasan dia santai dan tidak terlalu serabut dan mmg syok kalau nak buat tempat lepak..Lagi yang buat excited sebab P.S. Tokyo dah celebrates birthday yg pertama! Hahahaha..mmg banyak gila benda nak makan, nak rasa kat situ…Everything so un-resistible! Hahahaha…terutamanya all the soft serve!



Tema dia black and white...sebabkan malas...Sally pakai je all black...janji ikut tema kan..? Kalau korang perasan...decoration tu semua ikut tema...cantik sangat walaupun hanya tema hitam dan putih, tapi nampak elegan tauu! Semua cupcakes dengan macaron tower, daripada French Crullers Dessert Bar dan semua dekorasi belon tu daripada The Balloons!



Start je, Sally cuba all the soft serve! Disebabkan P.S. Tokyo Cafe fokus kepada menyediakan makanan yang berunsurkan dari Jepun, walaupun tidak terlalu banyak menu tapi semuanya sedap tauu...Soft serve @ aiskrim kat atas ni semuanya terbaikk, antara yang ada kat sini; dari kiri Minty Chocolate, Matcha, Hojicha dan Milk. Favorite Sally mestilah Milk dengan Matcha tuu...

Semua bahan-bahan untuk menghasilkan soft serve ni terutamanya Matcha dan Hojicha diimport terus daripada Uji, Kyoto bagi memberikan rasa yang sempurna seperti yang ada kat Jepun!



Yang ini menu terbaru tauu...Japanese Hot Cakes...Hot Cakes dia sangat gebu dan lembut...makan panas-panas dengan buah-buahan segar tu mmg syok sangat..

Ini ada satu berita baik!

Sally nak kongsikan macam mana korang nak cuba Japanese Hot Cakes dengan harga RM1!

Pada 18th / 25th October, 2016, korang boleh dapatkan Japanese Hot Cakes yang terbaru ni dengan harga RM1...Macam mana nak dapatkan tuu...Korang kena tunggu announcement daripada P.S. Tokyo Cafe di Facebook page mereka...Senang je kan?



P.S. Tokyo Cafe juga sangat terkenal dengan kepelbagaian menu cheesecake tau, 4 jenis kek yang dilengkapi dengan elemen Jepun ialah Tofu Cheesecake, Sesame Tofu Cheesecake, Matcha Milk Chocolate Cake dan Soft Cheesecake.

Macam yang dalam gambar ni Sally cuba Tofu Cheesecake & Matcha Milk Chocolate Cake...Serius sedap sangat...terutamanya yang Tofu Cheesecake tuu...Walaupun pelik sikit rasa dia..lama-lama makan terus jadi ketagih...tak rasa langsung tofu tu tauu...Lepas tu korang kena jugak rasa Hanjyuku Cheesecake..itu mmg superb!



Kalau korang bukan peminat kopi, Sally nak ajak korang cuba 3 jenis Japanese tea yang korang boleh rasa;
Matcha (Green Tea), Hojicha (Roasted Tea) dan Genmaicha (Rice Tea)...All time favorite Sally mmg Hojicha...sbb dia ada rasa macam terbakar sikit..hihihi



Eh, sebelum terlupa...Korang jangan lupa cuba yang ni...OMG! Ini yang paling marvelous! Kalau la Sally tak kenyang gila masa tuu...mmg Sally makan 2-3 tau kek ni...tapi kenyang gila la kekdahnya ka...serius mmg sedap...Nama dia Elderflower Lime Cheesecake..Masam masam manis sedap..gabungan limau dan keju..

Tak sabar nak g sini lagi...mmg puas hati la makan segala jenis dessert yang ada...dan kalau korang nak melepak lama pun takde masalah sebab ada WiFi dan tempat dia selesa...cuma nak kena jaga iman daripada makan segala jenis makanan kat situ laa..hahahaha...


Facebook: www.facebook.com/pstokyocafe
Instagram: www.instagram.com/pstokyo
Twitter: www.twitter.com/pstokyocafe
Email: pstokyocafe@gmail.com
Address: 80A, Jalan SS2/60, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Operating hour: Tuesday to Sunday (12pm to 12am / 11pm last call)

#pstokyo #JapaneseSoftServe #matcha #hojicha #softserve #japanese #dessert #ss2eats

You Might Also Like

7 comments:

  1. Bestnya ! Kalau la dekat hehe
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Nampak sedapnya kek dia semua, :D

    ReplyDelete
  3. Wow gambar kek tu pun dah kenyang tapi tgok akak sally kita terus kenyang chia chia

    ReplyDelete
  4. Wah! Kak sally. Bestnya!!! Dah lama tak singgah blog akak. :)

    ReplyDelete
  5. bestnya kak sally selalu dapat invitation pegi tempat makan camnii. semua dessert dia nampak sedaplaa!

    ReplyDelete
  6. Drooling tgk especially aiskrim. hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!