Kenapa masih menulis walau tiada yang baca?

1:48:00 PM Sally Samsaiman 45 Comments


Hmmm...Sally rasa rata-rata yang selongkar blog setiap hari ni merupakan blogger..Tak kira la blogger lama, blogger otai, blogger newbie, pura-pura jd blogger sebab nak barang free ke..eh? Kira sama la satu kategori kan...

Pernah tak ada yang tanya kat korang..."Kenapa masih menulis walau tiada yang baca?"

Jujurnya kan...Sally perasan dah ramai yang tak singgah blog Sally..biasa laa..dalam Malaysia ni ada berapa juta manusia pulak yang ada blog...rata-rata skrg lebih mahir guna ilmu fotografi, semua gambar cantik-cantik...Lagi menarik perhatian...Tak kurang jugak yang kerap terbang kesana sini...kita yang mampu tengok ni...sanggup meredah habis semua blog sebab nak baca pengalaman orang lain...


Keratan ni Sally dapat dalam awal April lepas...Kebetulan je...Sally pun bukannya jenis rajin baca surat khabar..Kalau ibu beli then baru la baca...Keratan tu ada statistik tentang pengaruh blog kepada pengguna...Walaupun peratusnya rendah..tapi kiranya hampir 20% kadar pengaruh dan keuntungan datangnya daripada blog, regardless paid or non paid review...

Ada sesetengah blogger, mereka suka bercerita pasal pengalaman...Walaupun tidak dibayar, dia nak cerita pasal semua benda yang dia rasa mungkin akan benefits kepada orang lain...Lain pula dengan certain blogger yang mencari makan dengan blog, jadinya perlu ada sedikit penghargaan sebelum nak buat sesuatu entri tuu...tapi mereka tetap masih menulis...

Walaupun jumlah manusia yang singgah ke blog Sally tidak serancak macam tahun lepas...Sally masih lagi menulis...sebabnya pada Sally...mungkin sesuatu yang Sally kongsi tu tidak diperlukan sekarang...Mana tau masa hadapan, ada sesuatu yang boleh diambil kan?

Sally menulis sebab Sally nak menulis, bukannya nak kejar populariti...Harapnya masih istiqamah la jiwa ni pada penulisan walaupun kadang tu rasa macam syok sendiri setiap hari (patah balik kat tajuk entri)..hahahaha...tapi takpe laa...korang kan ada..? Korang tgh baca kan?

Hehe :)

You Might Also Like

45 comments:

  1. blog ni macam diari juga..kita tulis dan simpan untuk baca 1 masa nanti, jadinya terus menulis. hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  2. Bagus la begitu dik...
    akk sndr pun blogger biasa²,org tak kenal pun...
    tapi akk masih lagi menulis... :)

    ReplyDelete
  3. cyaiyookkk . jangan putus asa. keep inspiring people :)

    ReplyDelete
  4. betul Sally, akak pun menulis sebab akak sendiri yang nak. Tak kisah dibayar atau tidak, yang penting ada idea dan niat nak kongsi ngan orang.

    ReplyDelete
  5. betol tu Sally.. setuju sangat. Macam sayalah tak kisahlah blog tak femes mcm org lain, update pun suam2 kuku je..tapi semangat nak menulis dan berkongsi tu lagi tinggi.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Akak menulis sebab suka menulis walaupun kesuntukan masa tetapi nak juga menulis :D

    ReplyDelete
  7. Adik sally, bagus garapan entry kali ini...sebab keratan akhbar tu buat akak punya mata semakin membulat...perkataan blog itu sendiri beri penghargaan buat blogger-blogger seperti kita kan...sally. menulis itu satu kepuasan yang sukar diucap dengan kata-kata...menulislah seolah-olah Allah di depan kita...pasti pahala senantiasa bersama.

    ReplyDelete
  8. good entry...sama la..Saya menulis blog pun sbb minat. blog ni mcm diary..sebagai kenangan di kemudian hari. and...kalau dpt share info yg membantu orang lain..rasa seronok.... kalau dpt buat advetorial or invitation ke event or dpt free goodies tu..kira mcm bonus.

    ReplyDelete
  9. Dulu Eira jadikan blog sebagai diari online.. Sekarang ni menulis untuk kongsi pengalaman dengan orang lain.. Sekurang-kurangnya dapat gak menyumbang ilmu yang berfaedah

    ReplyDelete
  10. saya menulis untuk kepuasan sendiri . huhu . seronok sebenarnya berblogging ni :)

    ReplyDelete
  11. satu hari nanti org akan google artikel sally...masa tu la baru nampak kepentingan artikel sally ni..

    ReplyDelete
  12. Memang saya selalu update blog tapi belum tentu dapat jenguk dengan lebih kerap blog kawan2.

    ReplyDelete
  13. betul tu.. setuju.. hari ni mungkin orang tak nak, tapi esok lusaaa... who knows..

    ReplyDelete
  14. Sha pun tak tahu kekadang ada ke tidak benda yang Sha tulis tu orang baca. Tapi tulis je la sebab nak tulis. As my aunt said la -- "apa fiqah nak tulis just tulis, jangan fikir apa dah" .. Pernah gak rasa surrender tapi Sha cuba jugak laa istiqomah macam Sally.. haha!

    Teruskan menulis Sally, walaupun dah tak ramai macam dulu, masih ada orang yang sudi baca tulisan Sally. Sha kekadang jadi silent reader je :)

    ReplyDelete
  15. takpe dik teruskan.. perjuangan mu.. menulis bukan sekadar suka-suka.. silap hari bulan nama sally yang disebut-sebut kan

    ReplyDelete
  16. Kadang-kadang orang menulis sebab suka,tak mengharapkan apa2...tak gitu kak?saya pun dah lama tak menulis,saya kadang2 menulis untuk diri sendiri je..hehehe

    #supportgiveawaysally :D

    ReplyDelete
  17. org tak baca tak apa. yg penting menulis tu hobi kita and kita buat utk diri sendiri :D

    ReplyDelete
  18. Macam Scha, dah lama dah dalam dunia blog. Tapi, tenggelam timbul gitu. Menulis ikut suka, masa free and luahan perasaan. Hehe

    ReplyDelete
  19. kita kena yakin diri sendiri sally.. mcm akak memula boleh ker dgn blog ni.. tapi makin lama makin akak yakin. biar kita cara kita..insyaAllah pasti orang akan ingat blog kita..

    ReplyDelete
  20. Dulu mula2 tulis blog..x ada pun orang baca..rasa down sgt...lama2 terus menulis..masuk kelas blog nak tambah ilmu blog..alhamdulillah...lama2 dah ada pengunjung..wpun x ramai...
    But now..target dah berubah..tulis ja apa yg kita nak tulis. Org nak baca atau x terpulang..:).
    Apa yg kita tulis..ia akan jadi kenangan, rujukan utk diri sendiri..dan mungkin juga manfaatkan orang lain

    http://sharimahyahya.blogspot.my

    ReplyDelete
  21. Betul..tulislah walaupun mungkin orang tak baca.. Suatu hari nanti mungkin memberi manfaat kepada orang lain..

    ReplyDelete
  22. Menulislah...InsyaAllah suatu masa nanti memanfaatkan org lain..

    ReplyDelete
  23. Sy menulis atas niat suka2 dan buat duit online sampingan je..tak nk femes lah huhuhu keep blogging ye

    ReplyDelete
  24. Aduyaii Kak Salllyy.. Vee lagi la lama tak menulis dlm blog. Hahaha. Berhabuk Terus blog Vee tu. Motif V wujudkan blog masih sama dari dulu hingga sekarang, semuanya focus kpd menyimpan memori dan paling penting, mencipta network di sini. Kadang2 ada jugak selitkan info tentang tempat ke apa, yg Vee rasa bermanfaat tu masukkan je la. Sekarang Vee masih mencari masa untuk menulis di sini. Entry kak Sally pun Vee curi masa sebab nampak menarik ;) Banyak dah entry type tapi tak pernah habis. Bila nak type balik, mood dah lari. Hahaha. Syok sebenarnya tengok akak masih laju menaip di sini sedangkan Vee nak ada 10 minit menaip pun tak dapat. ;( Tapi sejujurnya, memang begitulah lumrah kehidupan. Tidak akan ada yg kekal. Sekekal mana pun org tu, tetap tidak akan ada yg kekal. Hehehe.. Sekian. Have a good day, kak.

    ReplyDelete
  25. betul tuh..mungkin apa yang kita share tak diperlukan sekarang. in future nanti tak tahu kan..Kalau nak diikutkan blog saya tuh mana la ade orang singgah sangat. hehe

    ReplyDelete
  26. Kdg2 kita menulis utk kepuasan diri kita kan...
    Mungkin sebenarny utk diri kita sendiri as part of memories...
    Sbb saya mcm tu la...share sebab kdg2 menda2 best harus dikongsi gak kan....

    ReplyDelete
  27. Hobi sayabaca entry tak tinggal jejak. Hihi. Tp ni tinggal juga sbb blog baru update. Jemput singgah yer nazirahnyerr.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. sokong kena la dgn tagline saya.. I think I write.. :D
    maybe boleh tergolong dalam 19% tu yg hanya utk mendapatkan kepastian.. Insyallah akan more kepada situ.. :)

    ReplyDelete
  29. kadang2 diri sendiri yg baca balik post yg ada. Hhehehe, mengimbau kenangan lah kiranya.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  30. Ramai yg beralih pada FB untuk bercerita, tapi saya sendiri rasa ada sentimental value kalau dipost dalam blog :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  31. Betul sally. Siqah menulis juga untuk berkongsi. Personal diary pun ada juga tapi tidaklah nak berkongsi hal personal je. Hee.

    Siqah tak mengharapkan pada nuffnang dan sebagainya. Cukuplah sekadar boleh berkongsi dan harap ada juga input berguna untuk orang lain. Betul cakap sally, maybe sekarang tak berguna, akan datang tak tahu lagi :)

    Keep blogging Sally! You have me as one of your reader :)

    ReplyDelete
  32. Kita pon rasa still nk menulis wlpn yg bc tu sikit..mybe feeling tulis kt blog tu lg memberi kpuasan bndg tulis kt fb ke apa...ikutkn byk benda boleh cerita, tp byk kekangan..nk g blogwalkin pon byk kekangan jugak..hehehe

    ReplyDelete
  33. Samaaa qila trryyyyy jgk tulis benda yg worth to share (i think) hihi thanks kak sally <333

    ReplyDelete
  34. Ye betul tu. Saya suka buat review walaupun tak kena bayar

    ReplyDelete
  35. Keep on writing. Never give up. Same goes to me. I feel you. :D

    ReplyDelete
  36. actually kalau dilihat dari pattern, tahun ni memang kurang meriah & dah banyak blogger hiatus atas sebab2 tertentu. blog cik sally yg ohsem ni pon boleh mengalami penyusutan pengunjung, inikan plak blog2 personal lain. saya lagilah.. haha..

    tapi saya tetap menulis hanya kepuasan utk diri sendiri je. macam bodoh kan?
    tapi saya rasa kalau dah jiwa, takde masalah ^_^

    ReplyDelete
  37. tak serancak tahun lepas pun tp mcm still ramai je lagi ni sally..hehe

    ReplyDelete
  38. tak kesah la asalkan , semangat nak share tu ada ^.^ mungkin bukan skrg org baca later maybe hoho

    ReplyDelete
  39. Saya menulis sebab saya suka dan ingin berkongsi minat saya or aktiviti saya bersama orang lain biar pun orang lain sebenarnya tidak membacanya tapi saya rasa puas hati.. =)

    ReplyDelete
  40. meh sni i komen jg BETOL sally kita tulis sbb kt minat! xbayor pon kt nak tulis jugak nk share jugak sbb mmg passion blogger tu camtu, kecoh nk share walau org x kesah! hahaha janji puas hati sendiri hehe semoga sy juga istiqamah ye HAHA gituhhh....

    ReplyDelete
  41. menulis untuk kepuasan diri sendiri. paling penting memberi sesuatu kepada mereka yang sedang mencari info berkaitan entry yang kita buat

    ReplyDelete
  42. ika kadang tak sempat nak update blog tp ika akan pastikan dalam satu bulan tu ika tulis jugak . sayang blog nie . dh masuk tahun ke 6 dah ^^

    ReplyDelete
  43. ramai je respon ni sis..haha..sy menulis sukahati je! no expectation so x kuciwa.Tulis cite sendiri je n hrp ad jugk sikit manfaat utk yg lain.hee.hope so.

    ReplyDelete
  44. Tak kisah kalau tiada pembaca. Yang penting minat kita menulis dan berkongsi cerita yang mungkin juga boleh mendatangkan manfaat pada yang rajin membaca :)

    ReplyDelete
  45. Semangat nk menulis & berkongsi cerita tu yang buatkn kite si blogger suam2 kuku jari manis ni terus menulis walaupun xde reader sgt..Anyway..Thx to reader yg setia baca(kalau ada..huhu)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!